Siakap Keli

Parkson Buat Sale Tak Masuk Akal Potongan Harga Sampai 70%, Jadi Tunggu Apa Lagi

Bila tiba bulan September ini, korang mesti perasan kebanyakkan shopping mall dah kurang buat sale dan diskaun gila-gila macam sebelum kita sambut Hari Raya Aidilfitri sebelum ni. Mungkin mereka simpan untuk buat jualan murah akhir tahun nanti.

Tapi silap besar bila korang fikir, langsung tiada jualan murah untuk bulan September ni. Korang boleh dapatkan pelbagai barangan keperluan rumah dari ruang tamu, bilik air sampailah ke dapur dengan harga yang memang tak masuk akal. Semua tu korang boleh dapatkan di Parkson sempena jualan Mad About Homes yang bermula sekarang hingga 22 September 2019.

Produk-produk yang ditawarkan pula semuanya yang berjenama dan terkenal di seluruh dunia dengan harga serendah RM13 saja. Jangan ketinggalan untuk dapatkan tawaran beli 2 barang dengan 1 harga di Parkson. Pelbagai kelengkapan ruang tamu yang ditawarkan Parkson kali ini. Korang boleh dapatkan Cushion Cover yang berharga RM69.50 sahaja dari harga RM139. Selain itu juga, korang boleh dapatkan langsir 2 panel jenama Favorita dari harga sebelum ini bermula RM263.20 kini hanya RM119 sahaja. Banyak lagi kelengkapan ruang tamu seperti sarung kusyen atau bingkai gambar berjenama yang pasti dijamin berkualiti tinggi hanya di Parkson.

Selain kelengkapan ruang tamu, mungkin korang mengalami masalah tak cukup tuala mandi jika saudara-mara datang menziarah di rumah korang kan. Jangan risau, Parkson turut tawarkan kelengkapan mandi seperti tuala mandi, alas kaki bilik air dan slipper tandas dengan harga serendah RM15 sahaja. Produk-produk ini hadir dengan jenama DKNY, Home Art, Cannon dan banyak lagi. Apa yang lagi best siap ada tawaran beli 1 percuma 1 lagi tau.

Dah bosan dengan cadar katil yang sama? Inilah masa sesuai untuk korang tukar cadar yang baru. Pelbagai jenama terkenal seperti Hallmark, Sheridan dan Kiff untuk korang pilih menemani tidur malam yang lebih selesa. Kali ini Parkson tawarkan potongan harga sehingga 70% dan beli 2 bantal sekaligus dengan harga istimewa. Pasangan yang merancang nak bernikah tu memang sesuai beli cadar baru untuk bilik pengantin korang nanti.

Bulan September ni ulangtahun kelahiran ibu korang ? Tak tahu nak beli apa sebagai hadiah? Psst, saja nak bagi tau yang orang perempuan ni suka sangat kumpul pinggan mangkuk untuk buat hiasan dalam almari kaca. Pelbagai kelengkapan meja makan yang boleh korang dapatkan di Parkson dengan harga serendah RM28 je tau. Potongan harga sampai separuh harga pulak tu. Mana lagi nak jumpa sale macam ni. Penggemar kopi juga boleh dapatkan Nescafe Dolce Gusto, Coffee Machine dengan harga RM359 je tau.

Ibu dah bagi hadiah. Isteri pula merajuk tak dapat hadiah. Jangan risau, kalau ibu dapat pinggan mangkuk, untuk isteri kita belikan peralatan memasak pulak. Dapatkan peralatan memasak dengan harga serendah RM20 sahaja. Pelbagai jenama terkenal ditawarkan seperti Kyocera, Tefal, Faber dan Pensonic untuk korang pilih. Set memasak jenama La Gourmet hanya RM149 sahaja. Selain itu, set mixer lengkap pun korang boleh dapatkan dengan harga RM3999 sahaja.

Kelengkapan-kelangkapan rumah yang lain seperti pengampai, papan seterika, rak kasut dan vacuum korang boleh dapatkan dengan harga serendah RM39 sahaja dengan potongan harga sehingga 20%. Rugi kalau korang lepaskan peluang ini. Boleh tukar barangan rumah yang dah lama tu ke barang-barang yang baru. Takkan nak tunggu raya baru nak beli baru kan. Jangan lupa untuk bawa Parkson Card korang masa shopping nanti. Kalau belum ada Parkson Card boleh mohon secara online sekarang atau dimana-mana kaunter khidmat pelanggan Parkson.

 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh ke Facebook atau Instagram Parkson atau lebih detail terus saja ke laman web Parkson.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen