Siakap Keli

Susulan Insiden Di Indonesia, FAM Mulakan Langkah Pertama Bertemu AFC

Ekoran kekecohan yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno pada hari Khamis lepas, pihak Malaysia menyatakan hasrat untuk membuat laporan kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Laporan tersebut bertujuan untuk menuntut keadilan bagi pihak pasukan Harimau Malaya dan juga penyokong-penyokong yang terjejas ketika insiden tersebut.

Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memulakan langkah pertama dengan menemui pihak AFC berikutan isu berkenaan.

FAM Mulakan Langkah Pertama Dengan Berjumpa AFC Berhubung Insiden di Indonesia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam dan Ketua Unit Perundangan FAM, Shahida Bashirah Hishamuddin telah bertemu dengan wakil-wakil dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam di AFC House, Bukit Jalil untuk mengesahkan hasrat persatuan bagi membuat laporan kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan insiden yang berlaku ketika Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dalam Kumpulan G antara Indonesia dan Malaysia pada 5 September 2019.

AFC, yang diwakili oleh Ketua Keselamatan dan Sekuriti Stadium, Brian Johnson, Pengurus Keselamatan dan Sekuriti Stadia, Shahin Rahmani dan Pengurus Acara Bola Sepak Unit Pertandingan & Bahagian Acara Bola Sepak, Deng Xiaolong mengesahkan bahawa laporan oleh Pegawai Komisioner Perlawanan FIFA dan Pegawai Keselamatan FIFA perlawanan tersebut telah dihantar ke FIFA untuk penilaian dan tindakan mereka.

Seterusnya, FAM turut mendapatkan nasihat daripada AFC untuk membantu menyediakan pelan keselamatan yang komprehensif menjelang pertemuan kedua pada 19 November 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk mengelakkan insiden pada 5 September berulang.

Stuart juga bertemu dengan Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor Paul dalam pertemuan berasingan semalam untuk menyuarakan kebimbangannya terhadap insiden yang berlaku.

Pertemuan itu adalah bertujuan untuk mengesahkan hasrat FAM untuk membuat laporan kepada FIFA susulan insiden yang berlaku selepas tamat perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang menemukan pasukan Indonesia dan Malaysia.

Dalam pertemuan itu juga, pihak FAM turut mendapat nasihat daripada AFC untuk membantu menyediakan pelan keselamatan yang berkesan bagi menghadapi perlawanan kedua yang bakal berlangsung 19 November 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sumber: Football Association of Malaysia (Official)

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra