Siakap Keli

Syed Saddiq Tak Puas Hati Bidas Kenyataan Polis Indonesia

Berikutan kekecohan yang berlaku pada perlawanan yang menemukan pasukan Indonesia menentang Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno pada Khamis lepas, pihak polis Indonesia menafikan bahawa terdapat unsur-unsur rusuhan yang terjadi pada malam itu.

Gambar: Kompas.com

Kenyataan ini disuarakan sendiri oleh pegawai polis Indonesia, Argo Yuwono yang mendakwa kekecohan yang berlaku pada malam itu hanyalah perbuatan melempar-lempar air sahaja.

Enggak ada (kerusuhan suporter bola di GBK), hanya lempar-lempar air saja.

Selain itu, Argo juga menafikan terdapat penyokong Indonesia yang ditenteramkan ketika insiden tersebut. Tambahnya lagi, tiada juga anggota polis yang tercedera ketika melakukan mengawal kekecohan di stadium itu.

Enggak ada suporter yang diamankan atau polisi yang terluka.

Disebalik kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis Indonesia itu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq mempersoalkannya serta menyuarakan hasrat untuk menuntut keadilan terutamanya kepada penyokong yang hadir ketika perlawanan itu.

Menerusi ciapan yang dibuat melalui laman Twitter miliknya, Syed Saddiq mempersoalkan mengapa mereka perlu dikuarantin sehingga lebih dua jam sekiranya kekecohan pada malam itu hanyalah sekadar perbuatan melempar-lempar air.

Syed Saddiq yang turut berada di Stadium Gelora Bung Karno pada malam itu bagi memberi sokongan terhadap pasukan kebangsaan juga mempersoalkan mengenai situasi penyokong yang dibaling dengan objek besi.

Kenapa ada penyokong DEPAN MATA SAYA KENA BALING OBJEK BESI?!

Ekoran kekecohan yang berlaku, dilaporkan melalui CNN Indonesia sendiri bahawa terdapat tiga orang penyokong Harimau Malaya lelaki tercedera sehingga ada yang mengalami kecederaan patah tangan.

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno yang menemukan pasukan Indonesia dan Malaysia telah dimenangi oleh pasukan Malaysia dengan jaringan 3-2. Bagi perlawanan seterusnya, Malaysia dijadualkan akan bertemu pasukan UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa depan, 10 September 2019.

Sumber: CNN Indonesia / Syed Saddiq

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra