Siakap Keli

Tujuh Cedera Serangan Bom Di Selatan Filipina

Manila : Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera selepas bom buatan sendiri meletup pada Sabtu di wilayah Sultan Kudarat, selatan Filipina, lapor agensi berita Xinhua.

Polis berkata kejadian berlaku kira-kira 7 pagi di sebuah pasar awam di Isulan ibu kota wilayah Sultan Kudarat.

“Bom buatan sendiri itu dipercayai diletakkan di kawasan parkir motosikal dekat pasar berkenaan,” kata Leftenan Kolonel Junie Buenacosa dari Balai Polis Isulan.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Tahun lepas, dua kejadian letupan menggegarkan Isulan mengorbankan lima orang dan mencederakan 45 yang lain.

Polis dan pihak berkuasa tentera menuduh Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) dalang di sebalik kejadian.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.