Siakap Keli

(Video) Seram, Tiba-Tiba Suara Lelaki Berubah Macam Nenek Tua Ketika Terlantar Dalam Wad

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Misteri, mungkin masih ada yang suka untuk menonton atau mendengar kisah tentangnya. Rasa teruja untuk mengetahui kebenaran disebalik cerita pastinya memacu lagi adrenalin mencari tahu hujung pangkal sesebuah kejadian.

Namun tak semua misteri ada fakta yang mampu merungkainya. Malah yang lebih menakutkan apabila diri sendiri mahupun keluarga terdekat yang menjadi watak utama dalam ‘lakonan’ tersebut, alami sendiri setiap perincian ceritera.

Satu video tular di laman twitter harini memaparkan kejadian ‘mistik’ yang dipercayai terjadi kepada salah seorang pesakit di sebuah hopsital.

Pada permulaan video, terdengar suara seakan-akan seorang wanita sedang menjawab soalan yang ditanya kepadanya. Namun yang aneh, suara tersebut keluar dari mulut lelaki yang terbaring di katil dan bait-bait perkataan yang diucapkan juga kurang jelas.

Menurut Haziq, lelaki itu adalah pakciknya yang dimasukkan ke hospital kerana kemalangan. Malah Haziq juga mendakwa bahawa suara misteri itu bukan suara asal pakciknya dan kejadian sedemikian telah berlaku dua ke tiga kali terutamanya waktu maghrib.

Haziq menambah lagi bahawa kejadian misteri itu mungkin disebabkan oleh kesan ubat yang dimakan oleh pesakit tersebut.

Haziq juga menyatakan yang dia terbuka menerima pendapat orang ramai.

Ciapan Haziq yang tular tentunya dihujani dengan pelbagai komen dan pengalaman yang dikongsi oleh warga net.

Kat hospital memang ada macam-macam, tak kira lemah semangat ke tak ‘dia’ kacau

Waktu ditahan kat wad, ada makcik tiba-tiba tegur

Kalau kena macam ni, bukak surah dan rukyah

Jangan dilayan dan bersembang dengan ‘dia’

Sumber: Tengku Muhammad Hazieq

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)