Siakap Keli
Gambar: Azizah Iskandar via Unit Komunikasi & Media Pahang

“Apaaa, 21 Dulanggg?” Permaisuri Agong Letak Syarat Hantaran Berhajat Meminang ‘Puterinya’

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila membeli dua ekor anak kucing baharu di kedai peliharaan di Taman Melati, Kuala Lumpur. Kedua-dua kucing itu dinamakan dengan gelaran ‘Ku Jeling’ dan ‘Ku Comel’.

Disebabkan itu, Ku Jeling dan Ku Comel telah menjadi bualan rata-rata wargamaya terutamanya di halaman Twitter Tunku Azizah sendiri. Terbaru, Raja Permaisuri Agong telah memuat naik satu ciapan yang menyatakan bahawa kucing peliharaannya merupakan puteri yang membawa maksud kucing betina.

Tambahnya lagi dengan nada bergurau, sesiapa yang ingin meminang kedua-dua kucing peliharaannya perlu menyediakan hantaran sebanyak 21 dulang.

Siapa nak minang, hantaran nya 21 dulang ok!

Ciapan yang dimuat naik oleh baginda permaisuri telah menarik perhatian rata-rata warganet yang turut meminati kucing.

“Kucing patik tengah ride ni nak buat Grabfood nak halalkan kucing Tuanku”

“Apaa 21 dulang????”

“Koma tanpa sengaja bila dengar 12 dulang hantaran”

“Ampun Tuanku niat di hati mahu memetik kucing di taman. Sudilah Tuanku menerima lamaran patik ini”

Sumber: Twitter Azizah Iskandar 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra