Siakap Keli

Individu Perlekeh Perkongsian Dr Amalina, Ini Respon ‘Win’ Buat Semua Bangga

Nama Dr Amalina Che Bakri merupakan satu nama yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia atas kejayaannya menceburi bidang perubatan dan sehingga sekarang masih berkhidmat di luar negara. Nama beliau tidak pernah lekang daripada bibir masyarakat ekoran kejayaan-kejayaan yang diraih dirinya.

Terbaru, Dr Amalina sekali lagi menjadi bualan masyarakat selepas dirinya menjadi titik permulaan dalam usaha membuang Germ Cell Tumour pada bahagian mulut adik Ainul Mardhiah. Usahanya mengumpulkan barisan pakar perubatan dari dalam dan luar negara telah membuahkan hasil apabila adik Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan dan kini telah pulang ke tanah air dan berada dalam keadaan yang stabil.

Namun begitu, disebalik pelbagai kejayaannya, ada juga segelintir masyarakat yang tidak menyenangi terhadap perkongsian-perkongsian yang dibuat terutamanya di laman sosial miliknya. Menerusi satu ciapan yang dibuat oleh Dr Amalina sendiri di laman Twitter miliknya, terdapat individu yang menurunkan komen yang tidak sepatutnya terhadap Dr Amalina.

Berdasarkan komen tersebut, individu terbabit mempersoalkan kebenaran terhadap perkongsian yang dibuat oleh Dr Amalina. Tambahnya lagi, disebabkan Dr Amalina mempunyai pendidikan yang tinggi sehingga di luar negara, masyarakat perlu bersetuju dengan segala perkongsiannya.

Walaupun komen berkenaan dilihat mempunyai unsur negatif, namun Dr Amalina tidak terus melenting. Sebaliknya, Dr Amalina memberi reaksi balas dengan kata-kata positif tanpa menghiraukan kebencian individu terbabit.

“Yeeeep saya kembali dan akan terus berkongsikan maklumat perubatan, bersedia untuk bergegas? dan saya cintakan awak juga”

Komen balas oleh Dr Amalina tanpa sebarang unsur negatif mendapat pujian rata-rata netizen dan turut menginspirasikan sikap beliau yang sentiasa positif.

“Biar orang membenci, jangan kita membeci. Steady dr Amalina”

“How do Dr. Amalina cope with all of this kind of people by replying to them with such a positive words”

“Kalau orang benci kita, bermakna kita ni bagus sebenarnya”

Kredit: Twitter Dr Amalina

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra