Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Kanak-Kanak Maut Dilanggar Kereta Ketika Melintas Jalan

Johor Bahru : Seorang kanak-kanak lelaki maut dilanggar sebuah kereta semasa sedang melintas jalan di Jalan Kempas Lama-Seelong, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata kejadian langgar lari itu berlaku kira-kira pukul 10.40 malam ketika kanak-kanak yang dikenali sebagai Ahmad, 7, dari Kampung Sinaran Baru, Skudai, di sini, sedang melintas untuk pergi ke gerai seberang jalan.

”Dipercayai ketika sedang melintas jalan, sebuah kereta dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti dari arah Seelong menuju Kempas melanggar kanak-kanak itu, dan kemudiannya melarikan diri.

”Akibat kejadian, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya itu mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Taib berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.