Siakap Keli

”Tukang Rakam Ni Disable Function Hon Ke?” Pemandu Didakwa ‘Microsleep’ Hingga Terbabas Rempuh Lori

Tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kenderaan berwarna putih yang kelihatan terhuyung-hayang bergerak ke arah lorong kiri dan kanan jalan.

Dalam tempoh 30 saat kemudian, kereta tersebut dilihat hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah lori di bahagian kiri jalan. Rempuhan yang kuat itu menyebabkan lori itu tersasar sehingga ke bahagian bertentangan.

Rata-rata netizen mendakwa pemandu kenderaan tersebut disyaki mengalami ‘micro sleep’ iaitu satu keadaan di mana tubuh  mengalami fasa tidur tetapi dalam jangka masa yang sangat pendek iaitu tempoh antara 1 hingga 30 saat sahaja.

Tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku, tetapi rakaman berdurasi 45 saat itu ternyata menimbulkan rasa ‘kurang senang’ netizen terhadap individu yang merakam kejadian berkenaan.

Walau tidak dapat diketahui keadaan mangsa, namun perakam didakwa tidak peka akan keselamatan orang lain kerana dia boleh membantu mangsa sekiranya membunyikan hon sebelum itu.

Dakwa netizen, sekiranya hon dibunyikan, pemandu kenderaan akan tersedar semula daripada mengantuk sekaligus boleh mengelakkan kemalangan daripada berlaku.

Malah, rata-ratanya turut berkongsi pengalaman mereka mengalami ‘microsleep’ ketika memandu tetapi tidak membawa kepada kemalangan kerana mereka diselamatkan dengan bunyi hon daripada kenderaan lain.

Moga dapat dijadikan peringatan kepada semua agar sentiasa berhati-hati di jalan raya supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan.

Memang rakam menunggu kereta accident ke?

Pernah kena hon sebab microsleep, terus hilang rasa mengantuk

Kenapa tak hon? Mana common sense kau?

Dua puluh saat kalau hon mungkin boleh selamatkan nyawa walau tak tahu mangsa hidup atau tak

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra