Siakap Keli
Gambar: FAM

(Video) Sumareh Buat Kejutan, Sampaikan Sendiri Tiket Perlawanan

Kemenangan yang diraih oleh pasukan bola sepak Harimau Malaya ketika menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September lalu memberikan kegembiraan yang bermakna bagi seluruh peminat bola sepak tanah air.

Ekoran kemenangan itu, tular di media sosial mengenai rakaman seorang kanak-kanak yang menangis terharu selepas penyerang negara, Mohamadou Sumareh berjaya menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan.

Rakaman itu telah menarik perhatian pihak Presiden Football Association Malaysia (FAM). Pihak FAM telah menjemput Omar ke perlawanan Malaysia menentang UAE pada 10 September nanti.

Terbaru, penyerang sensasi itu telah pergi berjumpa kanak-kanak yang dikenali dengan nama Omar bagi menghargai sokongan yang telah dipamerkan oleh kanak-kanak itu.

Pada peringkat awalnya, Omar bagaikan tidak percayai dengan kehadiran Sumareh yang berdiri betul-betul dihadapannya. Namun, selepas beberapa ketika, mereka berdua kelihatan mesra berbual. Ketika perbualan itu, Sumareh menyatakan bahawa dia dan seluruh pemain kebangsaan juga merupakan peminat kepada kanak-kanak itu.

“Saya peminat awak juga, semua rakan saya peminat awak juga”

https://www.instagram.com/p/B2I8sEOgGOm/

Ketika pertemuan itu, Sumareh tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan sendiri tiket perlawanan pasukan kebangsaan bertemu dengan UAE pada 10 September ini.

Gambar: FAM

Selain Sumareh, penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias turut dilihat berada di situ bagi menzahirkan rasa penghargaan kepada penyokong cilik itu.

Sumber: Football Associaton of Malaysia (Official) / sumareh_jnr26

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra