Mangsa terdiri daripada 25 lelaki dan 12 wanita yang datang dari Sungai Siput, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Cheras, Kuala Lumpur dan Seri Kembangan, Selangor.
Ketua Polis Daerah Muallim Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kesemua mangsa sedang diselamatkan pasukan penyelamat dalam operasi yang bermula sejak pukul 6.15 petang.
“Operasi menyelamat terdiri daripada kekuatan lima pegawai dan 10 anggota polis, 24 orang Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), dan tujuh orang daripada Angkatan Pertahanan Awam,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata setakat pukul 11 malam tadi, 18 orang berjaya dikeluarkan ke tempat selamat, manakala selebihnya masih dalam usaha untuk diselamatkan.
Sementara itu, jurucakap JBPM Perak berkata pihaknya mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim ke lokasi kejadian, sebaik menerima panggilan bagi kerja menyelamat.
“Setibanya pasukan Bomba di lokasi kejadian, mangsa didapati terperangkap di seberang sungai, disebabkan arus air deras. Mereka berjaya diselamatkan dan dibawa ke kaki bukit pada pukul 12 tengah malam.
“Anggota bomba menggunakan laluan trek sejauh empat kilometer untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.