Siakap Keli

Boleh Ingat Nombor Panjang, Pembantu Kedai Runcit ‘Kantoi’ Simpan 1,300 Nombor Kredit Kad & Gunakannya Untuk Beli Barang Online

Jepun – Seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit ditahan polis atas kesalahan mempunyai 1,300 informasi kad kredit dan menggunakan nombor-nombor terbabit untuk membeli barang atas talian.

Lelaki yang bekerja di kedai terbabit sebagai pekerja sambilan itu dikatakan mempunyai kebolehan fotographic dimana dia boleh mengingat dan menyimpan informasi sesuatu yang dilihat dengan lebih lama; sehingga sempat untuk dia menulis informasi terbabit di dalam sebuah buku nota.

Informasi yang diingati olehnya termasuklah nombor kad 16 digit, nama pada kad, tarikh luput kad dan kod sekuriti – informasi yang memadai untuk membuat transaksi atas talian.

Lelaki berkenaan memberitahu polis bahawa dia biasanya membeli pelbagai barangan di internet dan dia kemudiannya akan menjual barang-barang terbabit ke kedai pajak. Duit hasil haram itu kemudian digunakan olehnya untuk membayar sewa dan makan.

Tapi, dia tersilap langkah apabila membuat belian mahal pada Mac tahun ini. Lelaki terbabit membeli dua beg bernilai 270,000 yen (RM12,000) dan memberi alamat apartmen rumahnya sebagai alamat penghantaran. Pihak berkuasa berjaya menghidu transaksi haram itu dan menahan lelaki terbabit.

Polis menggeledah rumah penjenayah itu dan kemudiannya mendapati terdapat sebuah laptop penuh dengan informasi kad kredit.

Setakat ini, polis menganggarkan jumlah informasi kad kredit yang dicuri lebih dari 1,300.

Sumber: Oddity Central

Roti Tisu