Siakap Keli

Kisah Suami Nak Ceraikan Isteri Sebab Tak Mampu Bagi Nafkah, Tak Sangka Ini Jawapan Si Isteri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penceraian seringkali dianggap sebagai jalan terakhir kepada satu-satu masalah dalam berumahtangga. Ia terjadi bukan dipinta tetapi jika sudah tersurat, siapalah kita untuk menafikannya.

Semua pasti menginginkan perkahwinan yang sempurna, saling melengkapi dan bersama-sama menempuh hari mendatang. Namun, tiada siapa yang dapat menjangka bahawa bila ikatan yang tersulam itu bakal terlerai.

Seorang Peguam Syarie, Muhammad Syarafi ada memuatnaik ciapan di laman twitternya berkosngsi tentang salah satu kes atas kendaliannya.

Mungkin kisah ini akan buat anda berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk memilih perpisahan.

Syarafi memulakan kisahnya dengan sepasang suami isteri yang ditanya oleh Hakim (Yang Arif) kenapa mereka ingin bercerai.

Hakim (YA) bertanya kepada defendan (Isteri) tentang persetujuannya mengenai perkara tersebut. Namun si isteri tadi tidak bersetuju untuk berpisah.

Suami (Plaintif) tetap berkeras untuk bercerai kerana menurutnya dia sudah tidak mempunyai kudrat untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Isteri masih tegas dengan kata-katanya bahawa dia tak ingin mengakhiri hubungan tersebut kerana terlalu sayang kepada suaminya itu.

Betapa besarnya pengorbanan isterinya, tidak kisah apa pun dugaan perkahwinannya, dia tetap mahu setia di samping suaminya itu.

Syarafi menambah lagi di ciapannya,

Selekeh dan selebet macam mana pun rupa suami dia, Sakit macam mana pun suami dia, Dia tetap akan taat pada suami selagi mana suami tu tak menyakiti si isteri baik dari sudut fizikal atau pun mental.

Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama bersusah-payah dari awal kahwin sampai sekarang. Sebab isteri ni lah yang akan sama-sama jadi teman suka dan duka si suami di saat suami sedang berduka mahupun suami sedang bergembira.

Sebab isteri ni lah juga yang bersetuju untuk terima si suami ni sebaik akad nikah sah termeterai antara suami dan walinya dihadapan saksi-saksi yang ada.

Mahkamah pun takkan semudah tu untuk benarkan talaq itu berlaku walaupun punyai kuasa kerana Mahkamah perlu terlebih dulu menyiasat punca syiqaq (perkelahian) yang wujud antara pihak-pihak sebelum membuat keputusan yang adil dan saksama.

Janganlah lemparkan tuduhan tak berasas mengatakan Mahkamah ni melambatkan proses etc. Ia nya bukan sekadar undang-undang saja tapi melibatkan hukum juga.

NOTA:

[1] PL = Plaintif

[2] DF = Defendan

[3] YA = Yang Arif Hakim

[4] HAKAM = Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Mahkamah untuk menyiasat punca perkelahian antara pihak-pihak.

Sumber: Muhammad Syarafi

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)