Siakap Keli

Dua Dekad Bangunkan Alibaba Sampai Jadi ‘Gergasi’, Jack Ma Akhirnya Letak Jawatan

Jack Ma, jutawan yang mencetuskan fenomena dalam dunia e-dagang terutamanya di China secara rasmi meletak jawatan sebagai pengerusi eksekutif Alibaba hari ini.

Beliau meraikan persaraannya dengan sebuah majlis besar-besaran  di stadium bersaiz Olimpik di Hangzhou.

Setelah lebih dua dekad membangunkan Alibaba sehingga menjadikannya aset bernilai $ 460 bilion, beliau kini lebih memilih untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan.

Beliau juga telah membina Yayasan Jack Ma pada tahun 2014, dan telah menggunakan Yayasan Bill and Melinda Gates sebagai insiprasi untuk perbuatan amalnya itu.

Menurut penulis buku “Alibaba: The House That Jack Ma Built”, Duncan Clark pernah mengatakan bahawa Jack Ma sememangnya sudah lama berminat dalam bidang pendidikan, amal kebajikan, alam sekitar dan pembangunan wanita.

Jadi Mungkin sudah tiba masanya untuk menumpukan perhatiannya  kepada perkara yang beliau sukai. Sebelum ini Jack Ma pernah menyatakan sesuatu dalam satu acara,

“Sebelum saya berusia 70 tahun, saya ingin melakukan sesuatu dalam bidang lain, seperti bidang pendidikan,”

Dikenali diseluruh dunia, Jack Ma juga telah dianugerahkan oleh Kerajaan China sebagai salah seorang daripada 100 orang yang telah berjasa kepada transformasi ekonomi China dalam tempoh empat dekad yang lalu.

Seperti yang diketahui bahawa beliau dahulunya lahir dalam keluarga miskin,. Namun beliau buktikan bahawa nasib dan kehidupan sekarang boleh diubah. Jack Ma sememangnya menjadi inspirasi kepada masyarakat dunia bahawa usaha adalah segala-galanya.

Sumber: CNN 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)