Siakap Keli

(Gambar) Macam Ni Rupanya, APMM Kongsi Cara Pelupusan Al-Quran Di Laut Dalam Ramai Tak Tahu

Bagi menjaga kesucian dan kemuliaan Al-Quran, pelupusan kitab ini hendaklah dilakukan mengikut prosedur dan cara yang benar.

Naskhah Al-Quran yang tidak memenuhi piawaian, mengalami kerosakan dan tidak boleh digunakan akan dikumpul untuk dilupuskan dengan dibakar sehingga menjadi abu. Abu tersebut akan dimampatkan terlebih dahulu sebelum ditenggelamkan ke dalam laut.

Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri, Pertubuhan Amal Muhibbul Quran Malaysia dan Maritim Johor telah bekerjasama melaksanakan program pelupusan abu Al-Quran dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kata Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid.

Dalam proses itu, sebanyak 1.2 tan mampatan abu Al-Quran telah ditenggelamkan di perairan 1.3 batu nautika dari Tanjung Piai dengan kedalaman air kira-kira 20 meter pada 10 pagi semalam.

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran merangkap Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Dato Haji Nooh bin Gadot.

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.