Siakap Keli

“Kalau Ada Agensi Kerajaan Yang Tak Bayar Elaun ”Intern”, Tunjuk Pekeliling Ni”- Syed Saddiq

Kuala Lumpur – Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan para pelajar praktikal agar tegas menuntut hak mereka jika tidak mendapat elaun seperti yang dipersetujui Kabinet baru-baru ini.

“Kalau ada agensi, jabatan atau kementerian yang tidak membayar elaun praktikal sebanyak RM 900 sebulan, boleh tunjuk pekeliling ini. Anak muda perlu tuntut hak mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Cadangan pembayaran elaun kepada pelatih di sektor awam telah diluluskan dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 15 Ogos lalu dan dilaksanakan bermula 1 September lepas.

Menurut kenyataan itu, para pelajar boleh bercuti dengan kebenaran tanpa dibayar sebarang elaun ketika hari bercuti.

Pembayaran tersebut juga dihadkan kepada maksimum 90 hari dan tidak terikat kepada tempoh praktikal yang ditentukan oleh IPT pelatih terlibat.

Elaun tersebut dibayar menggunakan dana sedia ada jabatan, kementerian dan agensi masing-masing.

Sumber: Syed Saddiq

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.