Siakap Keli

“Kira Pegang Tangan Wireless La Tuanku,” Selendang Raja Permaisuri Tersangkut Di Baju Agong Cuit Hati Rakyat

Isnin diisytiharkan sebagai cuti umum bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Oleh itu pelbagai acara telah dijadualkan berlansung  untuk menyambutnya didahului dengan penyampaian titah oleh baginda yang akan disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen mahupun radio di seluruh negara pada 8 Spetember lalu.

Manakala semalam, Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan telah diadakan di Istana Negara. Dimaklumkan bahawa seramai 42 individu telah menerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2019 tersebut.

Tidak ketinggalan berkongsi mengenai momen bersejarah itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ada memuatnaik ciapan di laman twitternya mengenai salah satu kejadian lucu yang terjadi kepada baginda.

Jika sebelum ini tular mengenai detik yang terakam di kaca televisyen yang memaparkan gelagat romantik pasangan Diraja itu berpegang tangan.

Kali ini pula, seledang yang dipakai oleh Tunku Azizah dikatakan tersangkut pada bilah keris Agong. Namun apa yang mencuit hati adalah ketika membaca caption yang ditulis baginda,

“Selendang sy tersangkut dgn baju tuanku, tak perlu pegang tangan , selendang pulak swinging !”

Ciapan berkenaan tentunya mendapat respon dari netizen yang rata-rata terhibur dengan caption yang ditulis oleh Tunku Azizah.

Ya Allah, Terhibur dengan caption

Tuanku Sultan dan Tuanku Permaisuri seriouly sweet la

Our Queen as usual, penuh sifat humour

Kira pimpin tangan wireless la ye tuanku

Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan kami pemimpin yang soleh dan solehah

Itu tandanya tarikan magnet Tuanku dan YDPA sangat kuat

Sumber: Azizah Iskandar

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)