Siakap Keli

Lelaki Ini Buktikan ‘Diet’ Makan Fast Food Pun Boleh Kurus, Hilang 30kg

Setiap kali muncul tahun baru mesti akan menjelma niat untuk kuruskan badan dan lebih sihat. Tapi, betul ke dengan kata-kata itu, korang laksanakannya. Jika anda betul-betul bersemangat nak turunkan berat badan, perkara tersebut tidak menjadi halangan untuk anda tempuhi dalam tempoh yang ditetapkan.

Setiap orang mesti ada cara tersendiri untuk menurunkan berat badan terutamanya bagi betul-betul cekal dalam hati untuk kurus. Ada yang m]ikut jenis diet tanpa berpantang dan ada juga yang berpantang sehabis boleh.

Bagi lelaki ini, Shamil telah berkongsi di laman Twitternya mengenai cara diet yang mungkin jarang kita dengar bahkan sesetengah diet tidak boleh mengambil makanan segera atau lebih mudah fast food. Lelaki ini boleh telah menurukan berat badan sebanyak 31 kg dalam masa 67 hari dengan hanya makan makanan segera.

Makan fast food pun boleh kurus? Yup!

Lelaki ini berkata, ini merupakan pengalamannya dan dia tidak cakap usaha orang lain itu salah dan cara dia betul. Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri.

Katanya lagi, sepanajng proses ‘diet’ dia tidak mempunyai guru atau trainer dan caranya berdasarkan tips dan cubaan sendiri.

“Ala kau kurus, bolehlah makan banyak, kau tak gemuk macam aku, kau tak faham”

Sesungguhnya saya faham perasaan orang berisi sebab saya pun pernah gemuk juga. Selepas baca berpuluh kisah kurus orang lain di media sosial, hari ini saya tertarik nak cerita sikit kisah saya.

Dulu berat saya masa 2008 adalah 90kg. Pakai baju kemeja Seed/Padini kena saiz XL (L ketat kat perut), seluar saiz 36. Malu terpalit juga la kalau nak masuk butik-butik macam Topman, Zara, Pull dan Bear serta lain-lain.

Kongsinya, waktu cuti pertengahan lepas Diploma nak ke Degree dalam masa tiga bulan, dia berjaya turunkan berat sebanyak 30kg. Sebelum itu, beratnya 90kg dan bertukar kepada 59kg.

Saya kagum juga bila baca macam-macam teknik/diet/workout/marathon apa-apa lagilah yang orang buat untuk kurus. Macam-macam cara. Saya hanya buat dua benda je. Jaga calories intake setiap hari dan exercise. Sewaktu cuti itu saya mula tengok rancangan The Biggest Loser. Saya sangat minat! Tengok dari season 1 sampai season ke-9 (Couples 3).

Katanya, dia mula makan mengikut jumlah kalori yang diperuntukkan sebanyak 1800 kalori setiap hari, memandangkan dia tidak melakukan senaman 4 jam sehari jadi dia hanya mengambil 1500 kalori sahaja.

Saya ini pula jenis yang gila Ayam Goreng Spicy McDonalds. Setiap minggu at least sekali mesti makan.

Workout regime saya taklah teruk sangat. Saya tak jogging. Orang gemuk malu woah nak keluar jog. Nanti orang judge. Saya just cycling pakai basikal workout itu. Sehari 30-40 minit. Sit-up 200x, crunches 100x and few dumbbell lifting. Overall sejam je sehari, 7 days per week.

Ada juga masanya dia hampir berputus asa, kerana telah melakukan sehabis baik untuk turunkan berat badan tapi hanya turun 2kg sahaja. jadi dia mula ingat kata-kata semangat seperti;

I don’t care if you die on that floor, you better die looking good!” “Unless you puke, faint, or die… keep going! – Jillian Michaels

Selepas 67 hari, saya bukan setakat berjaya malah terbabas goal weight saya.Saya aim 65kg. Sekali sampai 59kg dibuatnya. Saya beranikan diri pergi Topman. Tak sangka kena pakai saiz XS. Pinggang jadi saiz 28 (kalau skinny kena saiz 30).

Apa relevennya makan fast food pun boleh kurus?

Begini, kira calories intake you setiap hari. Contoh saya, makanlah apa sahaja janji takkan lebih 1500.

Sebagai contoh, kalau lunch saya nak makan McD, dalam 1200 kalori, saya akan skip breakfast. Malam cuma makan tosai (150 kalori) atau capati (180 kalori) dan air teh o panas (20 kalori). Do your own research setiap makanan punya kalori, after that it comes naturally, dah hafal.

Ini tips Shamil untuk korang;

1. Tak payah nak tunjuk kat media sosial perkembangan awak. Saya dulu siap deactivate FB, Twitter, Blog selama 2 tahun lagi. Bila dah kurus baru buat comeback. 

2. Cari satu benda yang boleh bagi awak semangat supaya tak putus asa. Tak kisah goal shirt ke, ideal dress, mesej orang kutuk kau gemuk ke, apa-apa sahaja yang boleh bakar azam dan motivate untuk berjaya.

3. Jangan timbang berat setiap hari. Timbang berat sekali je seminggu. Tak kira betapa teruk awak workout dalam sehari, takkan terus nampak. Badan mula hilang berat bila tidur. Ingat, rehat yang cukup sangat penting. Try to get enough rest dan tidur yang cukup setiap hari.

4. Percaya pada diri sendiri, yang kita boleh berubah. Setiap orang, losing weight journey berbeza. Jangan kalut kalau member senang turut berat, tapi kita susah.

Mudah untuk kurus tapi tak mudah jika dalam diri tak cekal hati, cuma kena disiplin sikit saja untuk dapatkan tubuh badan yang sihat.

 

Sumber: Shamil

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)