Siakap Keli

Tular Dakwaan 21 Institut Pendidikan Guru Bakal Ditutup, Ini Jawapan Maszlee Malik

Tular di ruangan media sosial hari ini mengenai dakwaan tentang 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara bakal ditutup tahun depan.

Manakala ada ura-ura yang mengatakan bahawa ada diantaranya yang akan dijadikan Institut Latihan Awam  mahupun tujuan lain.

Justeru untuk mengelakkan sebarang spekulasi dari terus timbul, Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik sebentar tadi ada memuatnaik ciapan di laman twitter menjelaskan tentang perkara tersebut.

Beliau menafikan bahawa berita berkenaan sekaligus menyatakan bahawa pihak kementeriannya tidak akan membiarkan perkara itu terjadi.

Sumber: Mazlee Malik 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)