Siakap Keli

(Video) Gelagatnya Jadi Perhatian, Masyarakat Senang Keluarga Diraja Sering Berinteraksi Di Media Sosial

Mungkin ada di antara anda yang menonton di kaca televisyen mahupun secara lansung (live) di media sosial, Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang diadakan di Istana Negara semalam.

Disebalik kemeriahan tersebut, nyata kelibat Tengku Muhammad Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi tumpuan para media dan mereka yang menonton acara tersebut.

Salah seorang warga twitter sempat merakam salah satu momen di istiadat tersebut di mana Adinda kepada Tengku Hassanal itu seolah-olah bermain mata dengan kamera.

Malah ciapan itu juga mendapat reaksi dari Bonda Tengku Muhammad Shah, Tunku Hajah Azizah yang kemudiannya membalas dengan menggunakan emoji.

Reaksi Tuanku Permaisuri Agong

Keluarga Diraja Pahang ini sememangnya menjadi perhatian seluruh rakyat tanah berdaulat ini terutamanya dengan sikap ramah dan rendah diri mereka.

Tuanku Azizah malah sering memuatnaiknaik ciapan di media sosialnya untuk berinteraksi dengan warga net dan membuatkan rakyat terasa ‘dekat’ dengan mereka.

Malah Baginda dan Puteri-Puterinya sering mengulang kicau dan memberikan tentang apa yang dimuatnaik oleh warga net. Ini tentunya membuatkan ramai dikalangan masayarakat menjadi teruja dan senang dengan gelagat keluarga Diraja ini.

Sumber: Twitter 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)