Siakap Keli

”Arwah Tak Tahu Nak Dapat Anak”, Kakak Ipar Dedah Balu Mejar Zahir Hanya Tahu Diri Hamil Lepas Dua Hari Arwah ‘Pergi’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pemergian Mejar Zahir Armaya baru-baru ini telah banyak mendapat perhatian media serta netizen-netizen di media sosial. Pemergian arwah tersebut dilihat sebagai pemergian yang amat disanjungi kerana ketaatan serta dedikasi yang ditunjukkan arwah semasa bertugas sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita sebagai insan biasa ini.

Sebagai seorang anggota tentera, berjauhan dengan keluarga serta sahabat handai itu sudah menjadi lumrah dalam hidup mereka. Namun pemergian Allahyarham baru-baru ini amat menyayat hati kerana selepas pemergiannya isteri kepada Allahyarham baru mendapati bahawa dia sedang mengandungkan anak Allahyarham. Ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Sha Qalif seperti berikut:

Alhamdulillah, selesai semua urusan untuk Balu isteri Mejar Zahir Armaya. Untuk adik ku, Inat tabah lah atas ape yang telah terjadi.

Redha Alhamdulillah juga 2 hari selepas arwah pergi rupanya ade sinar baru balu positif hamil kalau arwah ade mesti dia happy sangat-sangat tapi malangnya arwah belum sempat tahu yang beliau akan menerima cahaya mata lagi. Arwah tinggalkan penggantinya. Semoga Inat kuat demi janin yang dikandung ye.

Untuk Izzul ini ada lah kenangan untuk Izzul ye. Nanti besar ingat ye sayang daddy pergi sebagai wira.

Disini cinta Balu dan arwah bersemadi..
Disinilah Tempat Arwah..
Izzul dan kenangan Daddy

Mengemas brg Arwah untuk di bawa pulang ke ipoh
Izzul landing katil daddy buat kali terakhir

Sumber: Sha Qalif

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.