Siakap Keli

Bukan Boleh Tunjuk Arah Je, 10 Lagi ‘Feature’ Gempak Google Maps Yang Korang Belum ‘Explore’

Jika sebelum ini, kita disajikan dengan satu keputusan kajian yang dibuat oleh portal teknologi tempatan, Wiser.my,  rakyat Malaysia lebih gemar untuk menggunakan aplikasi Google Maps berbanding aplikasi Waze untuk mencari arah perjalanan.

Baca:

Majoriti Rakyat Malaysia Lebih Gemar Guna Google Maps Berbanding Waze – Kaji Selidik

Susulan keputusan itu, ingin kami kongsikan senarai sepuluh perkara yang boleh dilakukan oleh Google Maps untuk anda.

Arah Pengangkutan

Sekiranya anda sedang berjalan kaki dan mahu menggunakan pengangkutan awam seperti bas, MRT dan LRT, anda boleh mendapatkannya melalui Google Maps. Aplikasi ini dapat memberikan maklumat mengenai kedudukan pusat-pusat pengangkutan supaya anda tidak tersesat dan membuang masa bagi mencari pengangkutan tanpa arah.

Mencipta peta

Jika anda mendapati bahawa lokasi yang ingin anda tuju tidak jelas, sudah pasti ianya akan menyukarkan anda untuk tiba di destinasi pada masa yang tepat kan? Oleh itu, anda boleh mencipta peta anda sendiri supaya dapat memudahkan anda untuk membacanya.

Jarak dan anggaran masa tiba

Apabila menggunakan aplikasi ini, anda boleh mengetahui jarak dan masa yang diperlukan untuk tiba di sesuatu destinasi. Anda cuma perlu klik pada kawasan yang ingin dituju dan maklumat tersebut akan terpapar. Oleh itu, anda sudah pasti dapat merancang perjalanan dengan lebih terperinci.

Pelbagaikan maklumat Maps

Untuk menikmati kemudahan ini, anda memerlukan beberapa pengetahuan teknikal. Melalui aplikasi Google Maps, anda boleh menambahkan beberapa butiran ke peta sekiranya anda mengetahui caranya. Perkara yang dimaksudkan ialah seperti majlis-majlis khas yang anda perlu hadiri.

Mengesahkan lokasi anda

Sekiranya anda telah tiba di sesuatu tempat yang tidak pernah dijejaki dan tidak mengetahui di mana anda berada, anda boleh mengesahkannya dengan menggunakan Google Maps. Kelebihan ini sangat bagus untuk anda memberitahu rakan anda tentang lokasi keberadaan anda.

Menetapkan laluan

Sekiranya anda berfikir untuk menuju ke sesuatu tempat menggunakan laluan tertentu, anda boleh saja menetapkannya. Kelebihan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada terjebak di dalam kesesakan jalan raya.

Gambar: Personal Injury Lawyer Page

Maklumat trafik

Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sudah pastinya mahu dielak oleh setiap pemandu. Oleh itu, anda perlu memastikan laluan yang akan gunakan bebas daripada kesesakan. Dengan menggunakan aplikasi Google Maps, ianya akan menjadi mudah kepada anda untuk mengetahui laluan yang mempunyai kesesakan.

Arahan lisan

Sekiranya anda sedang memandu dan ingin menggunakan Google Maps, anda tidak perlu untuk menaip nama tempat yang ingin dituju. Perkara ini adalah kerana anda juga boleh memberitahunya secara lisan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Kongsi lokasi anda

Selain mendapatkan arah ke sesuatu destinasi, anda juga boleh membantu rakan-rakan untuk mendapatkan arah keberadaan anda. Dengan hanya berkongsikan lokasi tempat anda berada, ianya akan memudahkan rakan anda untuk tiba di lokasi anda.

Explore tempat baru

Pening tak tahu nak lepak mana? Anda boleh gunakan ‘feature explore’. Caranya, pilih explore, kemudian anda akan menemukan pelbagai tempat menarik yang direkomendasikan oleh Google sendiri. Cayalah.

Sumber: embedgooglemaps

syafiq halim

Tambah komen