Siakap Keli

Ini Alasan Kenapa Lelaki Sering Kalah Bila Berbalah, Wanita Hebat ‘Mengungkit’ Dan Mencari Barang – Kajian

Pernah tak anda alami situasi di mana anda kehilangan barang dan anda meminta ibu anda mencarinya?

“Mak ada nampak tak baju adik tadi, takda pun kat sini,”

“Haa, kalau mak jumpa baju tu, siap kamu!”

Atau pernah terfikir tak kenapa wanita mampu mengingat setiap butir bicara atau perkara yang pernah terjadi biarpun ia sudah berlaku bertahun-tahun?

Penyelidikan terbaru mendedahkan bahawa wanita dapat mengingati sesuatu dengan lebih spesifik berbanding lelaki.

Golongan wanita mempunyai kelebihan untuk mengingati perincian perbualan atau di mana mahu mencari sesuatu objek (barang) yang hilang.

Hal ini dipengaruhi oleh Memori episodik (Episodic memory) yang dimiliki oleh wanita. Memori episodik adalah keupayaan untuk menghafal segala peristiwa autobiografi seperti apa yang terjadi sepanjang hari hingglaah kepada perkara yang berlaku pada minggu lepas.

Menurut pengkaji, Daehler dan Bukatko, memori episodik ini adalah memori yang menerima dan menyimpan peristiwa yang terjadi atau dialami individu pada waktu dan tempat tertentu, yang berfungsi sebagai rujukan autobiografi.

Sebagai salah satu sistem memori yang paling sensitif ia boleh terganggu kerana faktor kekurangan tidur, kemurungan ataupun penuaan. Penyelidikan ini juga menunjukkan wanita lebih baik mengingati wajah dan deria seperti bau.

Martin Asperholm, Ketua Penyelidikan Karolinska Institutet, Sweden ada menjalankan kajian berdasarkan 617 kajian yang dijalankan kepada lebih 1.2 juta peserta. Kajian itu mendapati bahawa wanita akan mengingati sesuatu perkara mengikut kepentingannya.

Namun, kajian itu juga menjelaskan tentang kelebihan yang dimiliki oleh lelaki. Contohnya lelaki lebih cenderung mengingati arah (direction) dan mengingati maklumat yang melibatkan proses pembahagian ruang.

Dan sehingga kini, para penyelidik masih menjalankan penyelidikan lanjut mengenai kajian ini.

Sumber: Dailymail.co.uk 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)