Siakap Keli

“Kalau Ada Peluang, Saya Nak Putarkan Masa,” Anak Cerita Detik Kehilangan Ayah Sehari Selepas Gaduh Manja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selisihan faham atau pertengkaran kecil sering berlaku dalam keluarga terutamanya antaran adik, abang dan kakak. Apa saja yang perkarang yang tidak memuaskan hati kita, kita akan merajuk sepuasnya dan adakalanya ibu bapa pun terjebak juga.

Betul, semasa kita kecil selalu merajuk dengan ibu atau ayah? Sehinggakan ada yang tidak makan atau keluar dari bilik? Kalau pernah, cuba anda fikir semula jika waktu dalam kita merajuk dengan mereka, ada sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku macam mana?

Apa yang pernah berlaku kepada seorang doktor yang terkenal di medium sosial media, Twitter iaitu Dr Nimelesh sangat tersentuh hati pembaca di mana beliau kehilangan ayah tercinta sehari selepas merajuk.

Mungkin ini pengalaman pahit seorang anak yang kehilangan ayah pada usia yang muda.

 Saya takkan lupa perkara ini. Gaduh manja dengan my dad on 18th May 2000. Tak nak cakap dengan dia. Dia keep on nak pujuk i , nak bawa I ke shopping mall tapi I degil.

“And he passed away on the 19th. If I have the chance , I want to go back in time and tell him that I love him.”

Facebook: Dr Nimelesh

“Dan dia meninggal dunia pada 19 haribulan. Kalau diberi peluang, I nak putarkan masa dan beritahu yang I sayang sangat kepadanya.”

“I berharap di Syurga ada telefon, jadi boleh I dengar suara ayah untuk kali terakhir.”

Katanya dalam satu tweet di Twitternya, seminggu sebelum mendiang ayahnya pergi untuk selama-lamanya, ada satu perkara yang pelik berlaku di mana ayahnya memberitahu kepada rakan-rakannya bahawa dia sangat teringin nak melihat anaknya untuk masuk universiti.

“Ya, anda boleh kehilangan seseorang yang disayangi dalam sekelip mata. Dan ya, seluruh kehidupan anda akan berubah. Hidup ini singkat. Ia bagaikan datang dan pergi seperti bulu pelepah ditiup angin.”

Hargailah setiap momen dengan orang yang dikasihi setiap perjalanan hidup anda.

Sumber: Dr Nimelesh

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)