Siakap Keli

Lama Hidup Berjauhan, Isteri Tak Sangka Suami Baru Je Pulang Lepas Rindu, Pergi Menghadap Illahi Ketika Tidur Di Sisi

Pemergian orang yang tersayang pastinya akan memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, kita sebagai manusia biasa haruslah menerima pemergian yang telah ditakdirkan itu dengan redha kerana ianya juga adalah sebahagian daripada dugaan dan ujian yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada kita.

Kita yang masih lagi diberi peluang untuk hidup ini perlulah sentiasa bersyukur kerana masih lagi berpeluang melakukan amal ibadah seperti yang dituntut oleh agama. Setiap pemergian pastilah akan memberi kesan kepada kita. Cuma hanya diri kita sahaja yang perlu kuat untuk menempuhi cabaran yang telah diturunkan ini.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Riko Minoru Nama Kami ini, dia baru sahaja meratapi pemergian suaminya yang tercinta. Semenjak meraka berkahwin, mereka tidak pernah merasai duduk bersama di rumah seperti pasangan suami isteri yang lain. Ianya kerana, Arwah suaminya terpaksa berjauhan dengannya atas urusan kerja.

Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah sesudah suaminya pulang ke pangkuannya, suaminya pula pulang ke pangkuan Illahi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian nukilan yang telah dikongsi olehnya berkenaan dengan arwah suaminya itu:

Al-Fatihah

Datangnya arwah buat kali pertama tahun 2009 memperkenalkan diri sehinggalah sik lama ya pintu hatiku terdetik buat pertama kalinya kepada kaum Adam sehingga ku tauk rasa bercinta (chewah..) Ya Allah.. Indahnya masa ya, bang.

Arwahlah cinta pertama aku selepas rasul dan ahli keluarga dan dia jugalah lelaki pertama yang berani nak melamar aku jadi isteri. Lalu 05/12/2015 berlangsungnya akad nikah kami di Kuching dan terus bersanding (Kuching & Saratok). Rami yang datang memeriahkan majlis. Seronok gilak2 bersanding bersebelahan dengan abg. Cinta pertama ayg. Lelaki yang telah digelar suami. Abang.. abang.. rindunya ayg masa ya.. macam nak diulang balit jak masa..

Dalam usia perkahwinan kami yang baru, Allah uji kami di mana aku keguguran pada tahun 2017 dalam usia kandungan yang masih baru, tapi kami redha Ya Allah dan terima hakikat masa ya. ‘Kelak kita cuba lagi k yang. Jgn pkey glak. Abg ada.’, Kata2 tok la yang memberi aku kekuatan masa ya sebab arwah sentiasa berada di sisi berik kata-kata semangat. Segala urusan semuanya menjadi mudah bila abg selalu pesan ayg n sokong apa yg ayg polah lamak tok.

Cuma..masa tok ayg baruk sedar, bang. Sejak kita kenal, kita sentiasa diuji menjadi pasangan jarak jauh rupanya. Berusaha untuk bekerja di satu tempat, tapi ada jak halangan antara kita duak. Mungkin ya lah petunjuk Allah swt untuk ayg. Bersedia untuk kekal ‘berjauhan’ dengan abg. Ya Allah. beratnya dugaan ku kali tok.. Hanya Engkau tempat aku mengadu.. Air mata sik pernah kering.. Menangis dan terus menangis.. Rindu? Nang satu kemestian.. TERSANGAT-SANGAT rindu pada arwah abg… Ya Allah.. sakitnya dada tok nahan rasa..

Benarlah kata orang, tiada siapa manusia di dunia tok yang sik pernah sik da masalah. Benar, aku pernah mengaku bahawa aku rasa sik da masalah besar yang banyak berlaku dalam kehidupan aku. Mun ada pun, Alhamdulillah, aku boleh settle kedirik.

Tapi..

1 Muharram 1441AH bersamaan 1hb September 2019 tepat jam 03:35 pagi, Engkau uji aku dengan satu bebanan yang tidak terhingga tanggungnya sehingga aku rasa semua tok hanyalah satu mimpi dan bila aku sedar daripada tidur, arwah masih senyum melihatku, belaiku dan pelukku seperti biasa.

Namun, semuanya hanyalah bayangan semata-mata. Aku langsung sik ada kuasa nak melawan waktu. Hanya Engkau Yang Maha Kuasa. Bukak jak mata kejut dengar arwah tengah nazak dalam tidur rupanya disisi. Mula aku fikir sesak nafas. Tapi yalah sebenarnya 3 hembusan nafas terakhir sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugas untuk menarik nyawanya.

Ya Allah, sungguh aku tidak kuat masa tok. Bergegar seluruh tubuh. Di goncang beberapa kali tubuh, namun langsung tiada reaksi daripada arwah. Syukur otak masih dapat berifikir. Tunggah kesemua ahli keluarga then hantar arwah terus ke emergency Hospital Saratok.

Mulai 03:50 pagi, bantuan CPR dipolah beberapa kali. Aku ulang alit keluar masuk dari pintu emergency mengharapkan ada keajaiban berlaku. 15 minit selepas ya, dengar perbualan bersama dengan salah seorang petugas, memaklumkan nadi sudah ada tapi respon belum ada.

Usaha ditingkatkan lagik. Dalam masa tok, kmk sekoga terus rasa lega tapi doa tidak pernah putus di bibir supaya arwah kembali memberi respon. Kakak dan abang ipar masih teruskan dengan bacaan yaasiin. Dengan perasaan sedikit lega tadik, aku terus ke tandas dan terus ambik kesempatan untuk berwudhuk.

Balit jak dari tandas menuju ke pintu emergency, terus nangga bapak mertua tengah bercakap dengan doktor. Aku pun terus melajukan langkah mengharapkan berita baik untuk didengar. Excited abis masa tok. Dalam palak, dah imagine abg mula berik respon and senyum pada ayg n ahli keluarga lain.. Lebih 30 minit dah bantuan diberik untuk abg..

Tapi.. lain yang dijangka..

“Sebelum tu, saya nak beritahu awak sesuatu. Dia tiada lagi.” Ayat kedua yang keluar daripada seorang doktor selepas nanyak gney kondisi arwah sebelum di hantar ke emergency. Ya pun doktor potong ayat aku sebelum habis ku nak explain. Ku pun jadi blur pada mulanya.

“Haa??” Tanyak ku balit.

“Dia dah TIADA lagi. Awak FAHAM tak DIA TIADA LAGI. TIADA lagi.” Ayat tok la membuatkan aku jadi dendam pada seorang doktor yang langsung tiada etika dalam menyampaikan berita. Ditambah lagi dengan berita yang diterimak ya. Fikiran, emosi, fizikal semuanya menjadi lemah saat kata-kata ya keluar dari mulut doktor.

Secara automatik, tangan cuba nak menyambar tudung doktor and nak cekik2 jak. Tapi nasib doktor bagus malam ya sebab aku ditahan oleh ahli koga. Aku terus rebah dan sik berdaya gk. Wajah abg dalam bayangan. Ya Allah, ujian apa yang Engkau berik ngan aku masa tok.. Sungguh aku sik kuat..

Sungguh aku perlukan arwah masa ya.. Belum sampey sehari aku luangkan masa dengan arwah selepas berminggu-minggu sik jumpa, Engkau dah tarit nya dari aku. Sakit dan TERSANGAT sakit..

Masuk dalam emergency, nangga tubuh abg dah diselimut dengan kain putih. Fikiran aku hanya teringatkan semua yang berlaku tok hanya mimpi jak.. Aku cuba kuatkan tenaga juak. Kejutkan abg dari ‘tidur’.

Sebab abg dah janji nak jalan sama2 dengan ayg ke Belawai. Luangkan masa bersama sebab kita baruk bertemu lepas berminggu-minggu sik jumpa. Tapi abg tetap sik berik apa2 respon. Abg masih juak dalam ‘tidur lena’nya.. Ya Allah, sumpah ayg perlukan abg gilak2.. Jangan tinggalkan ayg sorg dirik. Ayg sik kuat bang. Ayg sik kuattttt..!!

Benar, ya lah perasaan dan keadaan bila org yang paling kita sayang sik ada lagi di dunia bersama dengan kita buat selama-lamanya. Memang boleh jadi gila sebenarnya. Dan aku hampir-hampir nak ke arah ya. Nauzubillah min zalik.. Memang aku ngakuk, pada mulanya aku memang sik redha dengan pemergiannya. Sebab kmk 2 dah janji nak sama-sama luangkan masa bersama di Belawai. Dan aku maok arwah tunaikan janji ny juak masa ya.

Kali ke-2, cubaan nak bangunkan abg gk dari ‘tidur’ lepas tubuh abang dah dihantar balik ke rumah pagi ya oleh pihak hospital. Aku peluktubuhnya. Mengharapkan abg peluk ayg balit dan senyum ngan ayg. Tapi, semua ya masih berterusan. Abg sik juak berik respon. Aku peluk kuat agik sambil meraong menangis.

Mohon abg cium dahi ayg, peluk ayg, dan tunaikan janji abg. Makin kuat pelukan makin ya orang cuba nak tarit aku dan leraikan pelukan aku dengan tubuh abg. Aku sik redha!! Aku maok abg berik responn!! Tapi semua orang cuba tarit aku dan lepaskan abg dari pelukan kuat ya. Aku cuba bertahan juak dalam pelukan tapi kekuatan aku sik sekuat yang ku sangka. Bila pelukan terlerai, ayg nangga abg terus berjalan jauh dengan pakaian putihnya.

Abang berjalan terus jauh tanpa pandang belakang gk. Sampey ati abangg!! Makin aku meraong sebab aku sik maok ditinggal sorang2 oleh abg.. ABANGGG!! Balit ctok bang.. peluk ayg.. ayg sik kuatttt bangg!! Ya Allah.. aku doa semua yang berlaku tok hanya dalam mimpi jak.. aku mohon, Ya Allah..

Aku rasa muka ku basah dah. Secara perlahan pandangan jadi gelap segelapnya. Yang ku dapat nangga diri aku tersungkur lemah memandang ke arah tempat abg berjalan. Fikiran masih mengharapkan semua ya mimpi. Sik lamak lepas ya, muka abg muncul lagik depan ayg. Wajah abg memandang ayg penuh sayu.

Ya Allah, aku cuba nak sambut abg. Tapi aku sik berdaya gik. Dah selemah-lemahnya. Yang mampu aku polah adalah menjerit nama abg.. abanggg!! Tapi, sekali lagik aku rasa muka ku basah dan sekejap petir jak muka abang tetiba hilang dari pandangan. Aku mula mencari-cari gk. Abangggg!!! Balit gik bang.. sambut ayang ctok.. ayg dah sik terdaya agik nak tanggung semua tok. Ya Allah!! Kau bukalah mataku. Kau tukarkan semua tok jadi mimpi.. Aku sik kuat Ya Allah!! Tolong akuuu..!!

Tapi, bila aku bukak mata, ternyata semua yang berlaku bukanlah mimpi. Semuanya adalah benar!! Abang memang dah ‘pergi’ jauh dolok dari ayg. Abang pergi dengan satu pesanan. Abang pergi dengan satu pelukan terakhir untuk ayg malam ya. Banggg.. ayg rindu abang gilak2.. Ya Allah, kenak aku dipilih dalam ujian seberat tok.. Bantu aku Ya Allah!!

Bang, kinek tok, abg sik ada lagi di sisi untuk ayg. Ya Allah..Abg sentiasa berpesan ngan ayg supaya sentiasa jaga dirik. Sentiasa hati2 dalam apa juak urusan. InsyaAllah bang, ayg akan sentiasa ingat semua pesanan abg. Ayg rasa bulak sebab abg dolok yang ‘pergi’ dari orang lain. Sehingga ayg pernah terfikir Tuhan sik adil pun untuk ayg. Allahuakbar! Sungguh aku berdosa besar.

Dari hari pertama sehinggalah hari ke empat, fikiran aku yang sik berapa waras semakin pulih. Cuba untuk menghapuskan semua bayangan abg. Setiap apa yang aku polah, aku dapat rasakan arwah sentiasa memerhati dan senyum padaku. Sampey aku rasa aku bercakap dengan bayangan arwah. Walaupun pada hakikatnya, semua ya adalah mainan syaitan jak. Sakit memang tersangat sakit untuk ditanggung. Tapi aku percayak, Allah akan kurniakan aku kekuatan, keimanan, dan ketenangan sepanjang proses pemulihan tok.

Syukur pada Allah swt, aku mula sedar sikit demi sikit, hilangnya seorang insan yang aku hormati dan paling disayangi, tapi Allah swt kurniakan aku dengan berpuluh-puluh dan beratus-ratus insan lain yang sentiasa berada disamping kami sekeluarga bermula dari hari pertama hingga sekarang. Ktk org sentiasa berik nasihat dan sokongan.

Sik putus-putus. Alhamdulillah.. Allah kurniakan aku sebuah keluarga dan keluarga arwah yang sangat penyayang juak. Mereka banyak tolong aku. Iman aku sik sekuat yang aku jangka selama tok. Tapi aku sentiasa mohon dan berdoa, agar aku sentiasa diberikan kekuatan dan keimanan untuk menghadap semua tok.

Memang benar, pemulihan tok ambik jangka masa yang lamak. Sampey kinek aku rasa memang belum stabil. Tapi keredhaan dengan pemergian arwah, aku dah pasrah, Ya Allah.. Aku redha.. Semua tok rancangan yang Di Atas. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian.

Yang hidup pasti akan mati. Ayg akan menyusul kemudian bang. Ayg akan pegang semua amanat abg sementara masih di dunia tok. InsyaAllah bang.. Ayg cuba teruskan hidup tanpa abg di sisi.. Sangat sukar. Sangat susah. Dan sangat SAKIT nak lalui semua tok.. Tapi aku akan terus mencuba.. Aku yakin padaMu, Ya Allah.. Aku yakin pada rancanganMu.. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya..

Coretan daripada ayg buat abg di ‘sana’ yang telah meninggalkan ayg dan yang lain-lain.. Hari ke-10.. 10 Muharram 1441AH, 10hb September 2019.. @22:49

Sumber: Riko Minoru Nama Kami

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.