Siakap Keli

Lelaki Luah Rasa Bersalah Terhadap Isteri, Undang Lebih 10K Kecaman Netizen

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun, kadang-kala dugaan yang datang meruntuhkan kesetiaan suami atau isteri.

Seperti perkongsian oleh seorang lelaki melalui Kisah Rumah Tangga yang meluahkan perasaan apabila dikatakan isteri yang dikahwininya selama hampir 10 tahun itu sudah tidak menarik di pandangan matanya lagi. Disebabkan itu, hatinya beralih kepada orang lain.

Kahwin dekat 10 tahun, anak tujuh orang

Salam min. Hidekan profil kawan.. aku dah berkahwin nak 10 tahun. Anak tujuh orang. Yang bongsu 2 bulan. Aku kerja sayur je.

Dari awal kawin. Bini aku tak pandai layan aku. Tak pandai behias. Kebetulan aku kenal janda. Janda kematian suami 100% pandai layan aku.  

Bini tak pandai upgrade diri

Cantik pun cantik. Wangi pulak.. bini aku tak pandai nak upgrade diri . Aku bosan dengan semua ni. Bila nak cakap berpoligami. Isteri aku menangis. Dia tak faham keinginan aku..

Perkongsian yang meraih hampir 8 ribu tanda suka itu ternyata mengundang hampir 10 ribu komen netizen yang berang akan luahan lelaki berkenaan.

Rata-ratanya mengecam dan mendakwa bahawa lelaki tersebut sebagai tidak prihatin akan keadaan isteri yang boleh dikatakan saban tahun melahirkan anak. Bukan sahaja tidak sempat berhias, malah dakwa netizen isterinya itu juga tidak punya masa untuk dirinya sendiri.

Apa pendapat anda?

Awak rasa dia ada masa cantikkan diri kalau asyik kena mengandung je?

Sila ‘pulang’ ke pangkuan Ilahi

Macam mana nak berhias, entah makan pun sambil berdiri

Mungkin kat mata abang bini tak cantik tapi kata mata orang lain?

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra