Siakap Keli

Peguam Bongkar Kisah Seorang Anggota Polis ‘Special Branch’ Dipenjara, Didakwa Rahsiakan Pengganas Ceroboh Lahad Datu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Individu yang bernama anggota polis ini sangat besar tanggungjawabnya untuk diri, keluarga dan masyarakat. Mereka ini tetap gigih berhidmat untuk negara walaupun dalam keadaan genting dan separuh nyawa mereka mungkin telah hilang dipegang penjenayah.

Disebalik pasukan polis yang giat menewaskan penjenayah yang berbahaya, ada juga yang mengelak dan tidak bertanggungjawab serta menerima hukuman dimana suspek didakwa atas kesalahan membelot dan merahsiakan info pengganas yang masuk ke Sabah pada tahun 2013.

Kisah ini dirungkai oleh seorang peguam di laman akaun Twitternya yang bernama, Kamarul14 berkongsi tentang seorang bekas anggota polis cawangan khas (special branch) dan seorang informer polis.

Semasa sedang menjual ikan, informer polis nampak kelibat lebih 1500 lelaki berkumpul dengan berpakaian ala-ala tentera. Informer polis merasakan ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku. ‘Jangan abaikan hal ini, kasi tau orang atasan…’

Itulah kata-kata informer polis kepada suspek, seorang anggota polis cawangan khas (special branch) PDRM berpangkat koperal yang didakwa atas kesalahan membelot dan merahsiakan adanya info pengganas menceroboh masuk Sabah pada 2013.

Informer polis tersebut dengan jelas dapat melihat sekumpulan lelaki dalam jumlah yang luar biasa berpakaian askar pada uniform mereka. Yang pasti mereka bukan daripada mana-mana unit tentera Malaysia.

Dakwa informer polis tersebut, selepas mendengar perbincangan mereka untuk menawan negeri di bawah Bayu tersebut, lepas daripada itu, informer terus memberitahu suspek untuk maklumkan kepada pihak atas malangnya tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh suspek.

Lepas tiga hari kemudian, informer polis yang sama dapat melihat 4 bot kecil memasuki Bangkuran, Lahad Datu. Info ini kemudian diberikan kepada suspek untuk dilaporkan kepada ketua polis special branch tetapi suspek sekali lagi tidak berbuat apa-apa.

Apa sebenarnya motif suspek?

Kemudiannya, suspek dikesan berkomunikasi dengan lelaki tidak dikenali. Satu panggilan telefon dapat dipintas oleh informer polis kedua, seorang pembantu tadbir yang bertugas di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Suspek diberitahu 400 askar akan memasuki Sabah sebagai ‘back-up’ kepada penceroboh kononnya ‘askar’. Suspek yang mengetahui hal ini tidak melaporkan kepada ketua polis special branch.

Panggilan telefon kedua antara suspek dan kumpulan penceroboh kemudian dapat dipintas informer polis yang mendengar satu serangan ala gerila akan dilakukan oleh kumpulan penceroboh. Informer polis ini memahami perbualan disebabkan mahir dalam bahasa Bajau dan Sulu.

Panggilan telefon kedua antara suspek dan kumpulan penceroboh kemudian dapat dipintas informer polis yang mendengar satu serangan ala gerila akan dilakukan oleh kumpulan penceroboh.

Bagaimanapun, untuk pengetahuan anda, informer polis ini memahami perbualan disebabkan mahir dalam bahasa Bajau dan Sulu.

Info serangan gerila yang akan dibuat diterima suspek, tetapi sekali lagi info ini tidak dilaporkan kepada ketua suspek, ketua polis special branch. Atas kelalaian suspek inilah, suspek ditahan dan didakwa.

Kata peguam ini, suspek didakwa atas kesalahan gagal mendedahkan maklumat mengenai tindakan pengganas di bawah seksyen 130M Kanun Keseksaan dah dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun kepada suspek oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Lepas dijatuhkan hukum, suspek membuat rayuan atas sabitan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Tinggi namum, peguam suspek berhujah maklumat yang diberikan oleh kedua-dua informer polis adalah tidak sah dan tidak boleh digunapakai.

Mahkamah Rayuan memutuskan info yang diberikan informer polis adalah info yang sahih dan boleh digunapakai. Info pengganas dalam panggilan telefon adalah sah disebabkan keterangan yang diperoleh secara tidak sah adalah boleh diterima jika ia relevan dengan isu (sec 24 SOSMA).

Informer-informer polis telah diarahkan untuk memberi segala maklumat tentang pengganas kepada suspek. Kegagalan suspek melaporkan maklumat pengganas membawa padah kerana insiden pencerobohan benar-benar terjadi.

Disebabkan kesalahan gagal mendedahkan info pengganas dengan sengaja, suspek dikenakan hukuman penjara 7 tahun. Hukuman penjara ke atas suspek dikekalkan oleh panel hakim Mahkamah Rayuan pada Februari 2018.

Sumber: Twitter Kamarul14

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)