Siakap Keli
Gambar hiasan

Saintis Rusia Temui Penawar HIV Secara Tak Sengaja, Dipercayai Mampu Selamatkan Jutaan Nyawa

Sekumpulan saintis telah berjaya membuat satu penemuan baru penawar HIV yang mengejutkan di Rusia, penemuan tersebut dijangka boleh menyelamatkan lebih 10 juta nyawa.
Lebih menarik, penemuan tersebut dikatakan berlaku secara tidak sengaja.
Pada asalnya, sekumpulan saintis yang terdiri daripada warga Rusia, Sweden, British, America serta Finland hanya membangunkan polysulfur heterocycles yang bertujuan untuk melawan kanser. Namun mereka mendapati bahawa implikasi mekanisme yang terdapat dalam ubat tersebut sebenarnya lebih besar daripada yang mereka sangkakan.

“Pada awalnya, arah kajian yang kami lakukan hanyalah bertumpu kepada kesan kompaun ini terhadap aktiviti antikanser sahaja, akan tetapi secara tidak dijangka kompaun ini juga didapati mempunyai kesan aktiviti yang tinggi terhadap virus feline immunodeficiency, yang mana serupa dengan manusia,” ujar Rakitin.

Satu kenyataan akhbar daripada South Ural State University (SUSU) mengesahkan bahawa penemuan tersebut mungkin boleh digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit.

“Apa yang penting ialah hasilnya boleh digunakan untuk ubat yang sama bagi merawat penyakit lain (cancer, HIV, dll.),” kata Oleg Rakitin, seorang doktor kimia dan profesor di SUSU.

Mekanisme yang meneutralkan HIV secara dasarnya menyerap zinc atom yang terdapat pada molekul virus HIV, seterusnya menjadikan virus tersebut tidak aktif.

Sepanjang penyelidikan dijalankan, sekumpulan saintis tersebut telah menemui ubat yang merupakan antivirals yang kuat tetapi tidak “meracuni” sel yang sihat, melemahkan badan serta mempunyai kesan sampingan seperti yang pernah dilalui oleh ramai pesakit yang mengambil antiviral yang agak kuat.

HIV ialah penyakit yang menyebabkan kemerosotan sistem pertahanan yang terdapat dalam badan di mana ianya boleh membuatkan seorang pesakit itu terdedah kepada jangkitan dan kanser, secara drastiknya boleh mengurangkan jangka hayat.

Terdapat 37.9 juta orang dilaporkan menghidapi AIDS di seluruh dunia pada tahun 2018, menurut data yang terbaharu. Kira-kira 23.3 juta orang dirawat menggunakan terapi antiretroviral. Kes jangkitan virus HIV menurun sebanyak 40 peratus semenjak tahun kemuncaknya pada 1997.

Sumber: RT

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.