Siakap Keli

Selepas Tewas Ditangan Malaysia, Indonesia Kecundang Pula Kepada Thailand Dalam Kelayakkan Piala Dunia

Selepas tewas dalam perlawanan pertama di tangan Malaysia minggu lepas yang menyaksikan beberapa kejadian tidak diingini berlaku, Indonesia sekali lagi dikejutkan di laman sendiri, kali ini tewas 0-3 kepada Thailand dalam perlawanan kelayakkan Piala Dunia dan Piala Asia.

Gol-gol kemenangan Thailand dijaringkan oleh Supachok Sarachat (minit ke-56 dan 72), serta sepakan penalti oleh Theeraton Bunmathan pada minit ke-64.

Thailand muncul sebagai pendahulu kumpulan G mengumpul 4 mata selepas dua perlawanan. Manakala Malaysia berada di tangga ketiga dengan 3 mata. UAE yang menewaskan skuad kebangsaan sebentar tadi, mengisi posisi kedua dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Sumber: Kompas.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen