Siakap Keli

Tular Rakaman Kumpulan Kongsi Gelap Hukum, Biar Kemaluan Lelaki Didakwa Perogol Dimakan Anjing Pitbul

Mexico – Sekumpulan mafia di sini bertindak menyeksa seorang lelaki yang disyaki merogol seorang wanita pada bulan lalu dengan membiarkan seekor anjing jenis pitbull memakan alat sulitnya.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu digari dan dikelilingi beberapa orang lelaki yang menanggalkan pakaiannya sebelum seekor pitbull berwarna putih membaham lelaki terbabit.

Menurut Mirror.uk, lelaki itu menjerit meminta untuk ditinggalkan sebelum salah seorang ahli kongsi gelap bertindak memekup mulut suspek dengan kain buruk untuk menghalangnya meminta pertolongan.

Gigitan anjing itu meninggalkan luka terbuka pada bahagian tersebut.

Rakaman video berkenaan dikongsikan di laman internet sebagai amaran mengenai hukuman terhadap pesalah rogol. Walaubagaimanapun, nasib lelaki berkenaan tidak diketahui.

Sumber: Mirror.co.uk

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.