Siakap Keli

(Video)Tengah Sedap Melepak Tiba-Tiba Melambung, Tular Video Ngeri Lelaki Kena ‘Hentam’ Dengan Tayar Tercabut Dari Kereta Dipandu Laju

Seorang lelaki terpelanting setelah dihentam sebiji tayar yang tercabut dari sebuah kereta yang bergerak laju di jalan.

Ketika kejadian, mangsa yang sedang khusyuk berbual bersama rakan-rakannya tidak menyedari kehadiran objek tersebut yang bergolek laju ke arahnya.

Walaubagaimanapun, beberapa saat sebelum tragedi itu, mangsa dilihat sempat menoleh ke arah jalan, namun seakan tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

Beberapa saat kemudian, tayar belakang sebuah kereta yang sedang memecut laju di jalan tiba-tiba tercabut dan bergolek laju ke arahnya. Percikan api dapat dilihat di bahagian belakang kenderaan tersebut dipercayai akibat geseran dengan jalan raya.

Hentaman tayar tersebut membuatkan mangsa terpelanting dan keadaannya masih belum diketahui. Tiada maklumat lanjut bila dan dimana kemalangan tersebut berlaku.

Sumber: RempitLogic

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.