Siakap Keli
BERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun”, Teruk Kena Hentam, Pemuda Biadap Dengan Institusi Diraja Mohon Maaf

Semalam, rakyat jelata dikejutkan dengan kehilangan akaun Twitter Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikenali dengan nama @cheminahsayang.

Rata-rata menyuarakan rasa sedih atas keputusan Tuanku Permaisuri meninggalkan laman tersebut setelah menjalinkan interaksi yang rapat dengan rakyat melalui media itu.

Mereka mengaitkan keputusan itu dengan kecaman beberapa individu yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kiriman-kiriman dan perkongsian Tuanku Permaisuri di laman berkenaan.

Meninggalkan komen biadap terhadap Tuanku Permaisuri dan pengikutnya, seorang pengguna Twitter, Firdaus Asraf menerima kecaman hebat dari rakyat jelata yang menggesa Polis Diraja Malaysia untuk mengenakan tindakan ke atasnya.

Berikutan kecaman hebat itu, Firdaus akhirnya tampil memohon maaf secara rasmi di laman Twitter miliknya.

“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.

“Warkah ini adalah sebagai pengganti diri patik menyatakan kekesalan diri patik berlaku biadap terhadap tuanku. Patik hanyalah seorang rakyat biasa yang derhaka terhadap Rajanya dan kerabat-kerabatnya,” katanya.

Dia turut menyatakan kesediaannya untuk mengadap baginda untuk permohonan maaf sekiranya Tuanku Permaisuri berkenan untuk menerimanya.

“Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong,” katanya.

Sumber: Firdaus Asraf

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.