Siakap Keli
Gambar: SK Rompin

Bacaan Indeks Pada Kategori ‘Sangat Tidak Sihat’, SK Rompin Terpaksa Ditutup

Berikutan bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat, Sekolah Kebangsaan Rompin terpaksa ditutup supaya ekoran boleh menjejaskan kesihatan warga sekolah. Kenyataan ini disahkan oleh pihak sekolah melalui makluman yang dibuat terhadap ibu bapa dan penjaga murid SK Rompin.

Sekolah Kebangsaan Rompin ditutup pada 12 September 2019 (Khamis) berikutan mematuhi pekeliling Jerebu kerana indeks IPU daerah Rompin dalam kategori Sangat Tidak Sihat.

Sesi persekolahan bagi hari Jumaat pula belum dipastikan lagi dan bergantung terhadap bacaan indeks IPU pada hari ini. Sekiranya bacaan indeks IPU pada 12 September 2019 masih berada dalam kategori Sangat Tidak Sihat, maka sekolah akan terus ditutup pada hari Jumaat. Penutupan sesi persekolahan pada hari ini bagaimanapun telah menjejaskan sesi pembelajaran para murid. Situasi ini diharapkan tidak berpanjangan dan para murid sudah boleh kembali ke sekolah pada hari Jumaat.

Memetik laporan Bernama, keadaan di Rompin itu disebabkan oleh kebakaran belukar seluas 2.02 hektar di Kampung Gading yang berhampiran dengan stesen pemantauan udara di Rompin. Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), usaha pemadaman kebakaran tersebut sedang dalam tindakan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dan siasatan lanjut sedang dilakukan oleh pihak JAS.

Sumber: SK Rompin Kuala Rompin / Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra