Siakap Keli

“Baginda Raja Permaisuri Agong Ada Kirim Salam Pada Semua”

Sejak semalam, kecoh di ruangan laman sosial media mengenai penyahaktifan akaun Twitter Permaisuri Agong dipercayai kerana terkesan dengan komen-komen kurang sopan yang diberikan oleh segelintir netizen. Disebabkan itu, rata-rata rakyat menzahirkan rasa rendah diri mereka dan berharap Permaisuri Agong akan berhubung dengan mereka kembali melalui medium sosial media terutamanya Twitter.

Raja Permaisuri Agong dikenali sebagai seorang kerabat Diraja yang sering merendah diri ekoran daripada aktiviti-aktivitinya yang sering bersama rakyat sebelum ini. Terbaru, seorang pelukis melalui akaun Twitter Teme Abdullah turut berkongsikan mengenai sifat rendah diri Agong dan Permaisuri Agong yang berkenan mencemar duli memilih lukisan seorang anak muda sepertinya.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Tambahnya lagi, kita sebagai rakyat Malaysia juga beruntung kerana disebalik kesibukan manusia mengejar kuasa, kita mempunyai penaung yang turun bergaul dengan rakyat jelata tanpa menghiraukan status tertingginya.

Selain itu, Baginda Tuanku berdua juga sudah tidak memerlukan publisiti terutamanya di media sosial kerana wajah mereka berdua telah terpampang di merata-rata sudut di seluruh pelosok negeri. Namun begitu, masih juga terdapat rakyat yang belum matang menghargai sifat rendah diri yang terdapat dalam diri mereka berdua.

“Kehadiran Duli Tuanku di media sosial hanyalah gerakan ihsan untuk rapat dengan rakyat”

Sebagai rakyat Malaysia yang dianugerahi dengan pemerintah yang sentiasa merendah diri, kita sepatutnya bersyukur dan menjaga pertuturan terutamanya yang melibatkan sensitiviti kerabat Diraja.

Seperti sedia maklum, masyarakat Nusantara dan juga Islam terkenal dengan akhlak murni dan budi pekerti yang baik. Sifat tersebut perlulah diaplikasikan kepada semua orang termasuklah terhadap ketua negara.

“Jadikanlah diri kita dalam kalangan mereka-mereka yang beruntung masih punyai kemewahan adab dan budi dalam jiwa”

Baginda Raja Permaisuri Agong kirim salam pada semua

Baginda Raja Permaisuri Agong juga sempat mengirimkan salam pada semua rakyat jelata tidak kiralah sesiapa sahaja seperti yang dinyatakan oleh individu berkenaan. Kiriman salam yang disampaikan olehnya pasti dapat mengubat rindu dalam kalangan rakyat jelata yang menantikan kehadiran kembali Permaisuri Agong di laman Twitter miliknya.

Sumber: Teme Abdullah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra