Siakap Keli
Gambar: Reuters

Dilanda Jerebu, Ribuan Warga Indonesia Solat Hajat Beramai-Ramai Mohon Hujan Diturunkan

Ribuan penduduk Indonesia membuat solat hajat memohon agar hujan turun untuk mengurangkan jerebu yang melanda beberapa bandar di kepulauan Sumatra dan Borneo pada hari ini, kebakaran hutan berlaku kerana Indonesia kini sedang menghadapi musim kering, nyata agensi berita Antara.

Kebakaran telah merebak sehingga ke sebahagian Sumatra dan kepulauan Borneo selama lebih daripada sebulan dan pihak kerajaan telah mengerah 9,000 anggota tentera, polis dan kakitangan agensi bencana dalam usaha melawan kebakaran tersebut.

Pihak berkuasa Indonesia juga telah menggunakan 37 buah helikopter dan 239 juta liter dalam usaha memadamkan kebakaran, pesawat turut digunakan untuk tujuan pembenihan awan dengan harapan hujan dapat turun, nyata agensi bencana menerusi akaun Twitter rasminya.

“Kami sudah berusaha sehabis baik yang kami boleh, kini kami hanya boleh berdoa agar Allah dapat menurunkan hujan,” kata timbalan gabenor wilayah, Edy Nasution kepada agensi berita itu.

Ribuan penduduk di Pekanbaru, bandar Riau yang terletak di daerah Sumatra, telah mengerjakan solat hajat yang diadakan di luar pejabat Gabenor. Kebanyakan yang menyertai solat tersebut bersolat sambil memakai topeng muka bagi melindungi diri mereka daripada terhidu asap jerebu, lapor Antara.

Sesi solat hajat yang sama turut diadakan di banda Kalimantan, dimana kualiti udara yang dicatatkan di daerah tersebut turut mencapai tahap yang tidak sihat sehinggakan sekolah terpaksa ditutup, kata agensi berita tersebut.

Sumber: Reuters

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.