Siakap Keli

Elak Tersangkut Dalam Kesesakkan Lalu Lintas, Pereka Cipta Konsep Ambulans Seakan Monerel

Tidak dapat dinafikan bahawa kesesakkan lalu lintas sering sahaja berlaku di jalan serta lebuh raya utama sesebuah negara termasuk Malaysia.

Kenderaan akan berpusu-pusu di atas jalan raya terutamanya pada waktu kemuncak mahupun ketika musim perayaan.

Deretan kenderaan memenuhi setiap inci permukaan jalan tentunya akan mengakibatkan lalu lintas tergendala. Namun lebih membimbangkan adalah apabila ada pemandu tidak bertanggungjawab menggunakan laluan kecemasan.

Dengan sikap sedemikian, banyak kejadian tidak diingini terjadi kepada pengguna jalan raya dan salah satunya pemandu ambulans.

Sudah beberapa kali dilaporkan di semua media cetak mahupun elektronik tentang kejadian di mana ambulans tidak diberikan laluan atau tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Ini pastinya menyukarkan pihak ambulans untuk segera menuju ke kawasan kemalangan atau membawa mangsa yang mengalami kecederaan ke hospital.

Jadi terinsiprasi dengan keadaan tersebut yang berlaku di kebanyakkan negara, para pereka Hong Seonghwan, Lee Hyungtaek, Lee Taekkyung and Song Yoojin telah bercadang untuk mereka bentuk ambulans seakan-akan menorel sebagai penyelesaian kepada masalah tadi.

Dalam cadangan rekaan tersebut, pembahagi jalan bakal dijadikan sebagai laluan ambulans berkenaan bagi mengelak tersangkut dalam kesesakan.

Para pereka dari Korea Selatan itu menyatakan bahawa ambulans terbabit pempunyai dua pintu gelongsor di kiri dan kanan supaya dapat menawarkan bantuan di kedua-dua arah jalan raya.

Ia juga memiliki tempat duduk bagi pemandu, pembantu ambulans serta stretcher untuk pesakit.

Sumber: Designboom

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.