Siakap Keli

“Hidup Single Lebih Baik Dari Hidup Dengan Orang Yang Salah,” Fasha Kongsi Pengalaman Hidup Bergelar Janda

Tidak dinafikan bahawa mungkin ramai di kalangan masyarakat yang mengimpikan hidup sebagai seorang selebriti. Hidup mereka dianggap sempurna, dikelilingi kemewahan dan populariti.

Namun tak semua tahu disebalik semua itu, masih banyak yang tak terluahkan kerana bukan mudah untuk mencipta nama dan terus kekal di dalamnya.

Fasha Sandha, selebriti yang sememangnya sudah dikenali di negara ini. Walaupun sering terkait dengan pelbagai kontriversi tetapi seringkali sahaja kita lihat beliau kembali bangkit. Ya, bukan mudah.

Sebentar tadi beliau ada memuatnaik gambar di laman Instagram dilengkapi luahan panjang menceritakan rasa hatinya.

Gambar kenangan pada 4 Disember 2015, Hari pertama kami hidup bertiga.

Ramai kata, Fasha wanita besi. Eh, sejujurnya bukan selalu jadi besi. Ada masanya jadi besi karat juga (tapi tak suka tunjuk).

Dalam dunia ni, akan ada haters dan ada juga ramai lovers. Haters will hate, no matter what.Setiap kebaikan yang kita buat, akan tetap ada silap dimata haters. Tapi peduli apa kan, teruskan buat apa yg kita suka.

Tak semua orang suka kita happy, Ada juga yang rasa gembira dan suka bila kita down. Jadi jangan tunjuk kita lemah. Walaupun adakalanya kita lemah.

Ada juga orang kata, eh artis ni suka bercerai berai ke. Eh hellloooo, bukan artis je bercerai berai, orang bukan artis lagi banyak bercerai berai cuma tak masuk surat khabar je, sebab orang tak peduli.

Artis juga selalu akan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan, tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir. Sekurang-kurangnya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan.

Being single is better than being with the wrong person. I was a janda before and Im so proud with that title. Sebab apa? Sebab I janda yang berkerjaya, cari duit untuk family, tak meraih simpati dan kuat.

Takda apa nak malu pun dengan title ‘Janda’ tu. Now Allah bagi peluang kedua untuk menerima pasangan baru.

Ini pun pinjaman juga daripada Allah, cuma apa yang I buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat, Insyaallah.

Jadi perempuan ni kena la kuat, Supaya takde orang boleh tindas kita. Yang penting, kena berkerja dan simpan duit dalam bank. Supaya kita tetap bersedia, itu nasihat I selalu pada my sisters.

I am an aries (zodiak), sejenis kuat. Ada masa I boleh buat taktau je dan tak layan . Ada masa, perlu lawan, kena lawan.

Jangan biarkan orang buli kita selalu, kalau rasa perlu jawab, jawab. Tak payah nak diam all the time, nanti orang pijak kepala kita. But remember this, ‘Not all forms of abuse leave bruises’ kalau rasa benda tu bodoh untuk dilayan just ignore.

Life is too short. Jangan sedih, bangun dan buktikan, anda Kuat dan berani! Yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kepahitan yang terjadi. Sooner or later. Pasti ada.

EX iSMC (independent single mom club).

Sumber: Fasha Sandha 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)