Siakap Keli

”Laju Dia Lari Kejar Saya..” Trauma, Anak Nyaris Jadi Mangsa Culik Lelaki ‘Pelik’

Tular di media sosial, seorang kanak-kanak perempuan nyaris menjadi mangsa culik oleh seorang lelaki ketika sedang beriadah bersama ibu-bapanya isnin lalu.

Dalam kejadian yang berlaku di Johor Bahru itu, lelaki berkenaan didakwa tiba-tiba menghampiri keluarga berkenaan dan mengakui bahawa kanak-kanak itu adalah anak perempuannya.

“Beliau mengaku bahawa anak saya ialah anaknya. Saya telah melindungi anak saya daripada diambil namun lelaki tersebut masih memerhatikan gerak-geri kami sekeluarga,” katanya mengikut laporan polis yang dibuat di Balai Polis Johor Bahru Central.

Dia tarik anak orang cakap tu anak dia

Korang hati-hati dengan orang ni tadi.. kat dataran dia tarik anak orang.. dia cakap tu anak dia… tak dapat anak orang tu anak orang lain dia kejar.. terjerit mak yang mula-mula kena tadi.. spoil mood kat Dataran jb.. gigil jap.. bawa kereta pesona.

Sementara itu, di ruangan komen, seorang pengguna media sosial turut berkongsi pengalamannya diganggu lelaki sama.

Bukan sahaja dikejar, malah lelaki tersebut turut cuba mengambil anaknya yang ketika itu berada di belakang motosikal dengan mengakui kanak-kanak tersebut sebagai anaknya.

Nampak dari jauh dia senyum

Rata-rata netizen turut memberi andaiaan kemungkinan bahawa lelaki tersebut mempunyai masalah mental ataupun sejarah lampau yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Tengok cara macam hilang anak..

Mungkin ada pengalaman lampau

Sumber : Ryn Xoera via JB Traffic Report

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra