Siakap Keli
Gambar hiasan

Panduan Pilih Topeng Muka Betul Ketika Jerebu, Risiko Sakit Jantung Dan Paru-Paru Bertambah Kalau Salah Pilih

Kita sudah sedia maklum bahawa pada setiap tahun, musim jerebu pastinya akan melanda di negara kita. Musim jerebu ini berpunca daripada titik-titik panas yang dikesan muncul setiap kali tibanya musim kering.

Kerana peningkatan suhu secara mendadak yang berlaku kini yang juga berkaitan dengan pemanasan global, kebanyakan hutan-hutan yang terletak di daerah Asia Tenggara mengalami kebakaran. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk membendung masalah jerebu ini.

Antaranya dengan mengerahkan jabatan bomba bagi memadamkan kebakaran serta penggunaan kapal terbang milik tentera bagi melakukan aktiviti pembenihan awam dalam usaha meredakan kebakaran yang berlaku.

Akibat daripada kebakaran itu pula, asap tebal yang ditiup oleh angin telah dilihat menyelebungi bandar-bandar di beberapa buah negara di Asia Tenggara antaranya ialah Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand. Dilaporkan ada juga kawasan di Malaysia dan Thailand mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sangat tidak sihat.

Justeru kerajaan menggesa agar orang ramai untuk mengurangkan aktiviti luar, minum air dengan banyak serta memakai topeng muka jika perlu untuk keluar dari rumah.

Topeng muka pada musim jerebu ini dilihat sangat penting bagi mengelakkan sebarang penyakit yang tak diingini akibat menghirup udara yang dipenuhi dengan asap merbahaya. Namun ramai yang tidak mengetahui untuk memilih topeng yang betul semasa hendak membelinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai topeng yang betul untuk kegunaan di musim jerebu ini, ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Public Health Malaysia seperti berikut:

Jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai tahap kualiti udara yang teruk, pastikan anda keluar rumah dengan menggunakan perlindungan yang betul.

Pastikan anda menggunakan sekurang-kurangnya face mask N95. Face mask nipis seperti surgical mask tidak boleh menapis debu bersaiz PM2.5.

Gambar: Public Health Malaysia

 

Sumber: Public Health Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.