Siakap Keli
Gambar: Unilad

Saintis Temui Air Di Planet ”Super-Earth”, Percaya Berpontensi Tampung Kehidupan

Buat pertama kalinya, ahli astronomi yang telah meneliti exoplanet (planet yang berada di luar sistem suria) telah berjaya menemui wap air dan suhu yang berkemungkinan berpotensi menyokong kehidupan, menurut satu kajian baharu yang dijalankan.

Exoplanet yang turut dikenali sebagai K2-18b, dikatakan mempunyai 8 kali ganda berat daripada bumi dan oleh sebab itu jugalah ianya digelar sebagai “super-Earth”. Berat exoplanet ini juga dianggarkan seberat dua buah planet iaitu bumi dan juga Neptune. Planet ini mula-mula ditemui pada tahun 2015 oleh kapal angkasa Kepler NASA.

Sekumpulan pengkaji menggunakan data arkib yang diperolehi dari Hubble Space Telescope di antara tahun 2016 dan 2017 yang memperlihatkan cahaya bintang melintasi atmosfera exoplanet tersebut. Sepasukan pengkaji tersebut menyatakan bahawa mereka dapat lihat dengan jelas tanda-tanda adanya wap air di atmosfera tersebut apabila mereka memasukkan data menerusi algoritma. Mereka juga turut memerhatikan tanda-tanda adanya hydrogen dan helium di atmosfera tersebut kerana dua elemen tersebut paling banyak didapati di alam semesta.
Pengesanan wap air di atmosfera exoplanet ini dianggap menarik bagi para penyelidik, ini kerana exoplanet juga terletak di dalam zon yang boleh dihuni bintangnya, termasuk suhu yang tepat untuk air cair wujud di permukaan planet dan berpotensi menyokong kehidupan seperti yang kita faham.
Sumber: CNN

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.