Siakap Keli
Gambar: Facebook

Tular Video Wanita Ditembak Mati Suami Sendiri Didakwa Percaya Fitnah Isteri Curang Ketika Cari Rezeki Di Perantauan

Seorang wanita yang dituduh telah berkahwin ketika bekerja di luar negara maut ditembak oleh suaminya sendiri, menurut dakwaan menerusi video yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, lokasi dan tarik video itu diambil tidak diketahui.

Wanita tersebut didakwa telah difitnah berlaku curang ketika bekerja di luar negara oleh orang di sekeliling sekembalinya dia setelah bekerja di luar negara.

Gambar: Facebook

Sebelum itu, wanita tersebut dikatakan pulang ke kampung halaman untuk menemui suaminya.

Namun begitu, kerana lebih mempercayai fitnah yang ditabur oleh orang lain, suaminya itu didakwa telah membunuh isterinya dengan melepaskan tembakan secara dekat menggunakan pistol sambil tangan isterinya itu dipegang oleh lelaki lain kerana khuatir si isterinya itu akan lari menyelamatkan diri.

Apa yang lebih menyedihkan ialah, sebelum tembakan itu dilepaskan, wanita tersebut sempat mengucapkan kata-kata terakhir kepada suaminya itu.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 53 saat itu, wanita tersebut memberitahu kepada suaminya “adalah lebih baik aku mati di tangan mu sekiranya kau lebih mempercayai fitnah orang”. Selepas mendengarinya, suaminya terus melepaskan tembakan ke arah wanita tersebut.

Gambar: Facebook

Sebuah lubang kubur didakwa telah digali bagi mengebumikan terus jasad wanita tersebut sejurus selepas riwayat wanita itu ditamatkan.

Kejadian tembakan itu juga didakwa berlaku bersebelahan dengan lubang kubur yang telah digali sebelum itu.

Sebanyak dua tembakan didakwa telah dilepaskan. Wanita itu dilihat masih gagah berdiri semasa tembakan pertama dilepaskan. Raut wajah wanita tersebut dilihat mengharapkan bahawa suaminya itu sempat mengubah fikirannya.

Melihat keadaan wanita itu yang masih teguh berdiri, suaminya itu bertindak melepaskan tembakan yang kedua bagi memastikan riwayat isterinya itu tamat ditangannya.

Selepas tembakan kedua itu dilepaskan, wanita tersebut dilihat terus rebah ke tanah sambil menahan kesakitan akibat daripada tembakan yang dilepaskan oleh suaminya itu.

Semasa kejadian itu, wanita tersebut dilihat kemas memakai baju seakan-akan baju pengantin yang berwarna putih. Selepas wanita tersebut rebah ke tanah, kelihatan darah mengalir mencomotkan baju pengantin yang dipakainya.

Walaubagaimanapun, kesahihan cerita yang ditular dan dikaitkan dengan video berkenaan tidak dapat disahkan.

Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini ialah, janganlah kita melakukan fitnah kerana kesan fitnah ini amat dahsyat kepada seseorang.

Sumber: Facebook, Youtube

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.