Siakap Keli

(Video) Rakaman Cemas Penunggang Motosikal Nyaris Dirempuh Kereta, Sempat Tekan Brek

Berada di atas jalan raya sama ada dengan menunggang motosikal atau memandu kereta pastinya terdedah kepada pelbagai bahaya terutamanya kemalangan. Dengan jumlah kenderaan yang semakin hari semakin meningkat, jumlah kemalangan juga dilihat turut bertambah berikutan beberapa faktor. Antaranya, keadaan fizikal jalan yang tidak sempurna dan juga sikap pengguna jalan raya itu sendiri.

Kemalangan jalan raya boleh berlaku sekiranya seseorang pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

Menerusi satu rakaman dashcam daripada kenderaan salah seorang pengguna jalan raya, satu detik mencemaskan para penunggang motosikal apabila sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Bezza hampir merempuh mereka.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan dilaporkan berlaku disebabkan penunggang motosikal sempat menekan brek dan mengelak daripada dirempuh oleh kereta berwarna biru itu.

Rakaman tersebut yang telah dikongsikan di ruang media sosial bagaimanapun telah mengundang kemarahan oleh rata-rata wargamaya. Ramai yang berpendapat bahawa kereta berkenaan tidak sepatutnya meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat telah bertukar kepada warna merah sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Dia ingat nyawa orang yang bawa motor ada “spare” lagi kalau dia langgar”

“Orang yang langgar lampu merah ni tak fikir pun akibat kalau langgar motor tu”

“Walaupun lampu sudah hijau pastikan jalan di kiri dan kanan selamat dulu baru jalan”

Sumber: 999 Malaysia via Info Roadblock JPJ/POLIS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra