Siakap Keli

“Bang, Sayang Nak Mati Dah Ni,” Wanita Kongsi Detik Cemas, Sesak Nafas Lepas Makan Makanan Pedas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kekadang penyakit itu boleh datang dan pergi dalam tubuh kita, ia diibaratkan seperti tempat persinggahan sahaja. Bagaimanapun kita perlu meredhai dengan apa ujian yang diberi. Mungkin ujian tersebut membuatkan kita lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu.

Seperti kisah wanita ini, Ummi Nadia di laman Facebooknya menceritakan detik cemas apabila secara tiba-tiba dia mengalami sesak nafas seperti Malaikat sedang tarik nyawa. Kenapa ia boleh berlaku seperti itu?

Pelbagai punca boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sesak nafas malah makanan mungkin menjadi alahan utama yang boleh membawa seseorang terjerumus dalam masalah tersebut.

Kata Nadia, sudah tiga hari berturut-turut dia kena serangan sesak nafas sekitar jam 2 hingga 4 pagi. Sesak nafas seperti berada dalam saat kematian. Sebelum kejadian ini, dia muntah-muntah dan semua anggota badannya menggeletar.

Siap cakap dekat diri sendiri “Macam ni ke malaikat izrail nak cabut nyawa aku”. Terus cakap kat suami“Bang syg nak mati dah ni bang. Syg tak dapat cari nafas bang”

Yang si suami pun ikut sama menangis tengok kita. Terus bawak pergi hospital. Sebab ubat klinik, gaviscon, minyak angin, air suam dan susu semua tak jalan.

Lepas buat pemeriksaan lanjut di hospital, doktor diagnosis ada masalah Hiatal Hernia. Penyakit ini adalah di mana bahagian atas perut menolak hingga ke bahagian bukaan diafragma. Diafragma adalah dinding otot yang memisahkan perut dengan dada. Diafragma membantu agar cairan asid tidak naik tidak naik ke kerongkong.

 

Katanya, ia seakan lebih teruk dari gastrik. Hiatal Hernia ini adalah bukaan Injap dah longgar. Tidak boleh nak fix semula dan tidak selonggar Gerd.

Kalau tak jaga lifestyle dan pemakanan dari sekarang, boleh dapat Gerd. Lagi susah…boleh bawa maut.

Bila injap dah longgar, salah makan sikit asid boleh terus naik. Tak makan asid naik, terlebih makan asid naik, makan pedas asid naik, bila ada stress pun asid naik.

Ini adalah bukti pemeriksaan selepas buat endoscopy dimana kamera masuk ke dalam mulut dan ultrasound

Sebelum ni nadia diet ok je. Tapi 2 minggu ni, nadia memang tak jaga makan. Seminggu ni bantai makan pedas, kuah banjir pulakkk semua masakan melayu seperti asam pedas, masak lemak cili api, ayam kicap blackpepper, ikan patin tempoyak, sambal belacan.

Masa makan fuh sedappppp, bila tiba malam, sekali mendapat. Meringkuk atas lantai. Rumah besar punnn, tak cukup besar nak cari nafas.

Siapa yg boleh dapat penyakit ni?

  •  orang yang suka makan berlebihan sampai senak peruk

  • orang yang tak jaga waktu makan, makan lambat

  • orang yang makan terus baring dan tidur

  • orang yang suka makan pedas

  • stress pun antara faktor buat asid tu naik. Tapi ni faktor sampingan je. Yang penting faktor utama pemakanan.

Bagi mereka yang gemar makan pedas, berhati-hati serta tidak digalakkan untuk makan makanan pedas dan minum air berkarbonat.

Sumber: Ummi Nadia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)