Siakap Keli
Gambar Bernama

“Buli Siber Tak Kenal Sesiapa” Biadab Hingga Sebabkan Permaisuri Nyahaktif Twitter, Puteri Hargai Komen Positif Netizen

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebelum ini cukup mesra dan aktif berinteraksi dengan rakyat melalui kiriman-kirimannya di Twitter. Kemesraan baginda di luar dan di dalam media sosial membuatkan rakyat jatuh cinta dengan peribadinya yang tidak kekok mendekati rakyat.

Sehari setelah baginda menyahaktifkan akaun @cheminahsayang dipercayai gara-gara sikap beberapa individu yang memberi komen biadab terhadapnya, rakyat jelata membanjiri Twitter dengan tanda pagar #AmpunTuanku serta memohon Tuanku Permaisuri agar muncul kembali di laman berkenaan.

Permaisuri ibarat ibu kedua

Buli siber tidak mengenali sesiapa

Saya buat akaun Twitter sebab Tuanku

Twitter rasa kosong tanpa Tuanku, tweet Tuanku buat saya gembira

“Permaisuri hanya berkongsi kegembiraan, aura positif dan berdoa kepada kita..”

Luahan rakyat mendapat perhatian anakanda permaisuri Agong, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah yang berterima kasih atas kata-kata mereka yang baik.

Bukan PR move

Bagi menjawab tuduhan seorang pengguna Twitter yang mendakwa perkongsian Permaisuri Agong di Twitter sebagai cara untuk memenangi hati rakyat (PR move), seorang pengguna Twitter, Aidi berkongsi gambar baginda yang turun padang sebelum menjadi Permaisuri Agong lagi.

“Sosial media melahirkan generasi pengecut.”

Kebiadapan sesetengah individu di Twitter turut mendapat respon selebriti tempatan, Faizal Tahir.

“Saya tak rasa orang yang biadab di media sosial berani bercakap perkara yang sama secara berdepan. Sosial media melahirkan generasi baru pengecut.”

Ampun tuanku.

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.