Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Parent24)

Dah ‘Hujung-hujung’ Ke Tu? Kerajaan Lancar Aplikasi MyWc, Mudahkan Rakyat Cari Tandas Awam

Satu aplikasi baru untuk membantu orang ramai mencari tandas ketika berada di tempat awam telah dibangunkan berpandukan Sistem Penentu Kedudukan (GPS), menurut BERNAMA.

Aplikasi My Water Closet (MyWc) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan ini mampu mengira jarak tandas awam dari pengguna.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, aplikasi ini membolehkan pengguna mencari dan mendapatkan maklumat sama ada satu-satu tandas itu berbayar ataupun tidak serta penarafan bintang tandas berkenaan.

“Pengguna juga dapat mengetahui tentang kemudahan lain yang terdapat di setiap tandas seperti keperluan orang kurang upaya dan kemudahan bilik tukar lampin bayi,” katanya ketika majlis pelancaran aplikasi itu semasa sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2019 di sini hari ini.

Katanya, melalui pangkalan Daftar Tandas Awam Seluruh Malaysia (DATAM), MyWc menyimpan data 2,625 buah tandas awam milik pihak berkuasa tempatan (PBT), perhentian awam, sekolah, restoren, stesen minyak, kawasan pelancongan, pusat beli belah dan pejabat kerajaan di seluruh negara.

Sementara itu, ketika ditanya tentang loji pertama penghasilan tenaga daripada bahan buangan (waste-to-energy-WTE plant) yang pada awalnya dijadualkan bermula operasi pada Jun lepas di Tanah Merah, Negeri Sembilan, Zuraida berkata perancangan itu dipanjangkan tempohnya sehingga Disember berikutan isu-isu teknikal membabitkan jalan penghubung.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.