Siakap Keli

Papa Rich Dan Roti Boy Antara 13 Jenama Tersebar Kononnya Tiada Sijil Halal, Jakim Sahkan Itu Tidak Benar

Halal didefinasikan dibolehkan untuk melakukan sesuatu mengikut undang-undang Islam atau perkara yang tidak bercanggah oleh syarak. Malah, pengambilan dan penyediaan makanan halal merupakan antara aspek penting kerana ia mungkin ‘mencorak’ tingkahlaku seseorang Muslim.

Namun, sejak kebelakangan ini, masyarakat di Malaysia sudah menjadikan status halal tersebut sebagai faktor penting yang mungkin terjerumus dalam masalah perkauman. Jadi, tugas utama JAKIM adalah untuk menyiarkan maklumat sebenar tanpa diragui oleh masyarakat sekeliling.

Sehubungan dengan itu, pihak JAKIM telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi di laman Facebooknya, Bahagian Hab Halal, JAKIM untuk menjelaskan berkenaan isu-isu halal yang tular baru-baru ini.

Dalam kehangatan Kempen Keutamaan Beli Produk Muslim #BMF, pihak JAKIM hari ini menerima pelbagai pertanyaan status halal beberapa jenis produk makanan yang disenaraikan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai tidak hala dan mendakwa logo halal dikeluarkan oleh Pihak JAKIM adalah palsu.

Perkara ini berlaku bertujuan untuk mengelirukan pelanggan khususnya pelanggan beragama Islam.

Untuk makluman, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana terdapat premis-premis makanan berkenaan yang telah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Perlu diketahui bahawa prosedur SPHM melalui proses semakan yang teliti bagi memastikan produk atau premis makanan tersebut Halalan Toyyiban serta disusuli dengan pemantauan berkala.

Pihak kami juga pernah mengeluarkan panduan kepada pengguna untuk mengenalpasti premis-premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia:-

https://m.facebook.com/…/a.761629273996348/960245340801406/…

Justeru, para pengguna di luar sana diseru agar tidak terjebak ke kancah fitnah sesama ummah dengan tujuan untuk menimbulkan pelbagai persepsi dan sangkaan buruk terhadap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia seterusnya menjejaskan keharmonian negara tercinta serta pensijilan halal Malaysia yang bertaraf dunia.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Harap maklum dan terima kasih.

Sumber: Hab Halal JAKIM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)