Siakap Keli

Jerebu: 24 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 13 September (Bernama) – Beberapa negeri di Semenanjung termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan merekodkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada sederhana kepada tahap tidak sihat iaitu melebihi 101.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga 10 pagi ini, sebanyak 24 stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat manakala Johan Setia, Klang, Selangor, kekal sebagai satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 209.

Lima kawasan di Selangor mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Kuala Selangor (104), Petaling Jaya (139), Shah Alam (135), Klang (128) dan Banting (123).

Turut merekod bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (126), Seremban (105) dan Port Dickson (102) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (102) dan Bandaraya Melaka, Melaka (105); Batu Muda (152) dan Cheras, Kuala Lumpur ( 144); Segamat (104) dan Tangkak (113) di Johor; Putrajaya (140) dan Rompin, Pahang (161).

Kawasan lain yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah Minden (113), Balik Pulau (111) dan Seberang Jaya (105) di Pulau Pinang; Tasek Ipoh (117), Pegoh Ipoh (101) dan Seri Manjung (124) di Perak serta Sungai Petani (109) dan Kulim Hi-Tech(108), Kedah.

Sementara itu, sebanyak 43 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatat bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)