Siakap Keli
Gambar hiasan

Kes Remaja Mati Hisap Vape, Trump Pertimbang Haramkan Ribuan Jenis Perisa Rokok Elektronik

Donald Trump pada rabu menyatakan bahawa pentadbirannya akan mencadang untuk mengharamkan ribuan cecair perisa yang digunakan dalam rokok elektronik untuk melawan gejala menghisap rokok elektronik ini dalam kalangan remaja.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) akan membangunkan satu garis panduan untuk menghapuskan semua pasaran cecair perisa rokok elektronik ini kecuali tembakau, kata Setiausaha Kementerian Sumber Manusia kepada pemberita.

Trump menyatakan bahawa penggunaan rokok elektronik ini telah menjadi satu masalah dimana beliau mahu ibu bapa sedar tentang perkara yang berlaku sekarang. “Orang ramai akan melihat tentang perkara yang kami cakapkan ini dan ibu bapa perlu lebih tegas terhadap anak-anak mereka,” ujarnya.

Melania Trump baru-baru ini ada memuat naik satu Tweet tentang kebimbangannya terhadap penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja yang di bawah umur.

Ianya akan mengambil masa selama beberapa minggu untuk memuktamadkan cadangan tentang pengharaman cecair perisa rokok elektronik ini kerana perlu mengambil kira input daripada orang awam sebelum boleh dikuatkuasakan.

Kenyataan Trump yang pertama mengenai gejala menghisap rokok elektronik ini dikeluarkan sejurus selepas badan kesihatan di negara itu menyiasat tentang kes masalah kesihatan yang dihidapi oleh orang awan yang menggunakan rokok elektronik ini.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kes tersebut terjadi kerana pengguna rokok tersebut mencampurkan cecair yang mempunyai kandungan marijuana dan bukan rokok elektronik itu yang menjadi penyebab masalah pernafasan tersebut.

Pihak FDA telah diberi kuasa untuk mengharamkan cecair perisa rokok elektronik ini sejak dari 2016 lagi, namun menolak untuk mengharamkannya sehingga ke hari ini.

Malah, agensi tersebut pernah berkata bahawa mereka ingin mengkaji peranan cecair perisa di dalam produk rokok eloktronik sebelum ini, termasuklah sejauh mana keberkesanan alatan ini dalam usaha untuk membantu golongan perokok daripada berhenti menghisap rokok.

Namun, ibu bapa, ahli politik serta badan kesihatan menuntut supaya tindakan yang lebih tegas perlu diambil, kerana mereka yang perlu disalahkan atas peningkatan gejala menghisap rokok elektronik bawah umur oleh remaja di AS.

Pengharaman cecair perisa rokok elektronik ini akan memberi satu tamparan yang hebat kepada industri rokok elektronik, termasuklah syarikat Juul yang telah berjaya menjadi salah satu syarikat yang bernilai bilion ringgit dengan hanya menjual produk nikotin.

Juul dan beberapa syarikat yang lain telah menyatakan bahawa produk mereka memang bertujuan untuk membantu para perokok berhenti daripada menghisap rokok khususnya rokok yang menggunakan tembakau.

Sebelum ini, media antarabangsa turut melaporkan beberapa kes kematian dalam kalangan remaja di Amerika Syarikat dipercayai angkara menghisap vape.

Sumber: The Guardian

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.