Siakap Keli

(Video) Berang Telefon Bimbit Dirampas, Pelajar Tuntut Dengan Sabit

Sudah menjadi ketetapan bagi kebanyakan sekolah untuk melarang para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah terutamanya semasa sesi pembelajaran. Peraturan ini dibuat bagi mengelakkan daripada berlakunya kes kecurian dan juga bimbang hilang fokus para pelajar.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai video yang terjadi di Indonesia, memaparkan seorang pelajar mengancam gurunya dengan membawa senjata tajam ke sekolah. Menurut laporan tempatan, telefon bimbit pelajar tersebut telah dirampas kerana bermain permainan dalam talian ketika waktu sekolah.

Pelajar itu kemudian pulang ke rumah dan kembali ke sekolah sambil memegang membawa sabit bagi menuntut kembali ‘haknya’. Reaksi marah yang dipamerkan oleh pelajar berkenaan membimbangkan warga sekolah dan guru terlibat.

Berdasarkan rakaman tersebut, seorang guru lelaki yang berada di dalam bilik guru bergegas membawa telefon bimbit pelajar berkenaan dan melemparkan ke arah pelajar tersebut. Sambil melemparnya, guru tersebut dengan lantang menyuruh agar pelajar terbabit tidak bersekolah di situ lagi.

Itu aku sudah pulangkan, ambil dan terus balik, jangan bersekolah di sini lagi.

Setelah mengambil telefon bimbit berkenaan, pelajar tersebut terus pusing dan meninggalkan tempat itu.

Walau bagaimanapun, tindakan pelajar berkenaan jelas menunjukkan sikap tidak menghormati guru sebagai seorang pendidik malah mengancamnya.

Sumber: Sumsel.tribunnews

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra