Siakap Keli

(Video)Rakaman Lelaki Solat Atas Sampan, Berteduh Bawah Bangunan Undang Pujian

Sebagai seorang umat Islam, solat merupakan ibadah wajib yang perlu dikerjakan dalam menuntutut kewajipan kepada yang maha Esa. Hanya dengan cara itu kita sebagai khalifah dapat memohon keredhaan dan bantuan bagi menjalani kehidupan di atas muka bumi ini dari hari ke sehari.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook, Arifin Kohler, satu rakaman memaparkan seorang lelaki dipercayai bekerja sebagai nelayan sedang mengerjakan ibadah solat di dalam sampannya di bawah sebuah bangunan.

Rakaman itu menunjukkan, tidak kira dimana dan siapa pun kita solat itu perlu didirikan sebagai memenuhi keperluan dan kepatuhan kepada-Nya.

Menerusi video tersebut, individu berkenaan dilihat berpakaian lengkap sambil berdiri diatas sampannya yang ditolak dibawah sebuah jambatan untuk berlindung daripada cuaca panas.

Walaupun keadaan fizikal di atas sampan tersebut dilihat tidak begitu stabil, namun ia tidak menghalang dirinya menunaikan solat. Keadaan sampan yang terhuyung-hayang juga tidak menganggu lelaki berkenaan untuk meneruskan ibadat solatnya.

Rata-rata warganet yang menyaksikan video berkenaan kagum dan tidak ketinggalan turut mendoakan agar lelaki tersebut dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

“Semoga Allah SWT meng’istoqimahkan bapak dan mematikan dalam keadaan Islam…aamiin…”

“Moga pak nelayan ini dapat tangkapan yang banyak”

“Sholat bukan lagi sebagai kewajiban tapi sudah menjadi kebutuhan baginya”

“Semangat hidup bapak ni dalam mencari nafkah dan mencari pahala di akhirat luar biasa”

“Perahunya saja tidak pernah bergeser dari arah kiblat…amiin ya Allah”

Sumber: Arifin Kohler

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra